Idea Gila "Kota Israel" Trump Ditolak Pemimpin Dunia !


Kebimba­ngan dunia meningkat semalam menjelang pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengiktiraf kota Bai­tulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Langkah Trump itu akan memusnahkan dasar AS sejak beberapa dekad lalu tanpa mempedulikan amaran ia boleh mengakibatkan keganasan di Asia Barat memuncak.

Seorang pegawai kanan pentadbiran berkata, Trump akan mengumumkan keputusan itu pada pukul 1 tengah hari (2 pagi tadi waktu Malaysia) dari White House.
“Beliau akan berkata bahawa kerajaan AS mengiktiraf bahawa Baitulmuqaddis ialah ibu kota Israel.
“Trump menganggap keputusan ini se­­ba­gai pengiktirafan secara realiti daripada aspek sejarah dan juga era moden,” kata pegawai berkenaan yang enggan identiti­nya didedahkan.
Katanya, Trump juga merancang memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.
“Perpindahan ini mengambil masa dan akan berlaku dalam masa beberapa tahun, bukannya beberapa bulan,” tambah­nya.
Status Baitulmuqaddis merupakan isu kritikal dalam konflik Israel-Palestin dengan kedua-dua belah pihak menuntut bandar itu sebagai ibu negara mereka.


Dunia Bimbang!

Terdahulu, pemimpin Arab Saudi, Mesir, Jordan, Kesatuan Eropah, Perancis, Jerman dan Turki semuanya memberi amaran kepada Trump supaya memba­talkan langkah tersebut.

Amaran seterusnya daripada pemim­pin-pemimpin dunia lain disuarakan se­ma­lam.
“Saya tidak boleh mendiamkan pera­saan amat bimbang saya berhubung situasi yang muncul ini.
“Baitulmuqaddis ialah bandar yang unik, suci kepada orang Yahudi, Kristian dan Islam,” kata ketua penganut Katholik, Pope Francis sehari selepas bercakap dalam telefon dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
Menurutnya, adalah penting untuk mengekalkan status quo Baitulmuqaddis dan mengelak daripada menambah elemen ketegangan baharu di dunia yang sudah bergolak akibat begitu banyak konflik kejam

Bercakap setibanya di Brussels untuk mesyuarat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Menteri Luar Britain, Boris Johnson turut bimbang de­ngan keputusan Trump.

Katanya, Bai­tulmuqaddis perlu menjadi sebahagian daripada penyelesaian muktamad dalam rundingan pelan damai Israel-Palestin.


Amaran China!

China pula memberi amaran bahawa langkah itu boleh meningkatkan ketega­ngan di Asia Barat, manakala Turki ber­kata, ia boleh ‘membakar’ rantau itu.

Seorang jurucakap kepada Recep Tay­yip Erdogan berkata, Presiden Turki itu memanggil sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam pada 13 Disember ini bagi mengusahakan tindakan bersama oleh negara-negara Islam berhubung isu Baitulmuqaddis.


Kanada Menolak Idea Gila Trump!

Kerajaan Kanada tidak berhasrat untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis dan akan kekal di Tel Aviv.

Agensi berita Jordan Petra, melaporkan Kanada masih tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Pendirian Kanada sejak sekian lama, ialah status Baitulmaqdis hanya boleh diselesaikan sebagai sebahagian daripada penyelesaian umum dalam pertikaian antara Palestin-Israel.
"Kami amat komited terhadap matlamat keamanan komprehensif, adil dan berkekalan di Timur Tengah, termasuk mewujudkan negara Palestin yang aman damai bersama dengan Israel," kata Setiausaha Kementerian Luar Kanada, Adam Austen dalam satu kenyataan pada Selasa.
Akhbar Kanada, Globe and Mail melaporkan, kerajaan Kanada menegaskan pihaknya tidak akan memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis, meskipun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berhasrat untuk memindahkan kedutaan negara itu ke Baitulmaqdis selain mengiktiraf ia sebagai ibu negara Israel.

Masyarakat antarabangsa, termasuk Kanada, tidak mengiktiraf pencerobohan Israel ke atas Baitulmaqdis yang diduduki Israel pada 1967.

Sumber : Kosmo, Kosmo

Post a Comment

3 Comments

  1. Ni lah pemimpin yg paling bodoh yg pernah dilantik rakyat Amerika..pasni bnyk pergolakan akan berlaku terutama dlm negara US sendiri. Bodohlah dia ni. Tutup kedutaan US d Msia. Halau duta dia balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling bodoh ni la pemimpin islam duk sanjung

      Delete