Mengakui dirinya cuma manusia biasa, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka di hujung ucapan yang disampaikannya di Shah Alam.
"Saya seperti manusia lain, tidak mungkin sunyi daripada berkata dan melaku kesalahan. Bukan sahaja hari ini tetapi juga selama saya berkecimpung dalam politik negara.
"Saya pohon maaf terhadap apa juga kesalahan saya selama itu,"Turut hadir pemimpin kanan parti gabungan Pakatan Harapan, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu serta Pengerusi DAP Tan Kok Wai.
Dr Mahathir kemudian merasmikan mesyuarat agung tahunan pertama parti itu disambut dengan sorakan perwakilan serta pemerhati.
Sementara itu ditemui media selepas menyampaikan ucapan itu, Dr Mahathir - seperti selalu - terus bersikap bersahaja.
Ditanya apakah permohonan maaf itu termasuk atas peranannya dalam kes dakwaan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Operasi Lalang, Dr Mahathir sekadar menjawab:
"You can translate anything you want (Kamu boleh tafsirkannya mengikut apa yang kamu mahu)."
Sumber : MK
3 Comments
Usia dh hampir 1abad. Tp masih berjuang politik untuk malaysia.
ReplyDeleteAwas !!
ReplyDeleteBudak - Budak Dilarang Masuk !!
>>>><<< KLIK HERE !! >>>
ReplyDeleteAwas !!
Budak - Budak Dilarang Masuk !!
<<< KLIK HERE !! >>>