Ketua Pemuda Amanah Terima Ugutan Bunuh & Santau


SAYA TERIMA UGUTAN MAKAN PELURU, SANTAU & PISTOL

Saya telah mendapat nasihat daripada peguam supaya membuat laporan polis terhadap akaun facebook Yusnira Yus & Shariman Kadir berkenaan ugutan yang dibuat melalui komen yang disiar melalui facebook dengan tajuk artikel " Semoga Nama Tok Guru Terus Hidup".

Saya telah membuat laporan tersebut pada jam 11.30 malam ditemani seorang peguam dan 10 orang pemuda turut hadir bersama. Pada jam 12.40 pagi saya telah berjumpa pegawai polis untuk mengemukan bukti-bukti ugutan tersebut.

Saya tidak akan mengulas lebih lanjut kandungan aduan ni kerana tidak mahu menganggu proses siasatan polis. Saya membuat aduan ini setelah mendapat nasihat dari peguam, keluarga dan sahabat kerana khuatir ancaman keselamatan dan nyawa terhadap diri saya sendiri.

Saya masih terbuka untuk menarik balik aduan ini sekiranya mereka memohon maaf secara terbuka dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini. Sebelum membuat laporan polis,  saya telah menawarkan proses damai kepada akaun facebook Yusnira Yus namun beliau enggan dan mencabar saya untuk membuat laporan polis.

Diharap kepada rakan-rakan berhati-hati apabila membuat komen di facebook, whatsapp atau jaringan sosial yang lain. Mungkij kita menganggap komen yang dibuat itu sekadar gurauan namun tidak kepada mereka yang menerima. Sudah banyak kes yang ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Hazmi Hassan
Ketua Pemuda Amanah

Post a Comment

0 Comments