Malaysia tidak mahu terikat dalam tindakannya berdepan ugutan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara-negara yang memberi undi menolak resolusi pengiktirafan negara itu untuk menjadikan Baitulmuqaddis ibu negara Israel, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata Malaysia bukanlah penerima bantuan ekonomi yang besar daripada Amerika dan hanya menerima bantuan teknikal dari segi keselamatan dan pertahanan.
"Pada hemat saya Amerlka tidak seharusnya menggunakan ugutan sedemikian kerana ia merupakan pendapat masyarakat antarabangsa," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri kepada pemberita semasa hadir Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis, di Masjid Putra di sini hari ini.
Tok Guru melayan wayang kulit
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ugutan Presiden Donald Trump untuk menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang menyokong draf resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung isu Baitulmuqaddis.
Perhimpunan Agung PBB semalam mengisytiharkan bahawa resolusi Amerilka mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel adalah tidak sah dan terbatal selepas pengundian menyaksikan 128 negara termasuk Malaysia menolak keputusan Amerika itu dan sembilan lagi negara menyokong.
Sumber : MK
0 Comments