Penceramah Agama Hanya Sibuk Perkara Remeh ?


Sibuk dengan perkara remeh, itulah yang sentiasa dibicarakan dalam ceramah agama. Untuk lebih menarik minat pendengar, diselitkan cerita suami isteri. Persoalan yang hampir sama cuma dalam pertanyaaan berbeza. Tidak ramai penceramah agama yang mampu mengupas isu masalah ekonomi, perancangan ekonomi mengikut landasan islam. Tetapi mereka lebih memilih menceritakan kandungan hadis tanpa terjemahan yang terperinci untuk difahami secara jelas cara untuk diadaptasikan.

Persoalannya, jika penceramah agama bercakap berkaitan perihal ekonomi, adakah ia mempunyai kuasa eksekutif dimana tidak akan ada sebarang sekatan untuk memberi ceramah berkaitan ekonomi gaya islam.

Laporan Asal :
Pendakwah dan golongan agamawan dinasihati supaya tidak terlalu fokus terhadap perkara remeh- temeh sehingga boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.
Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata pendakwah seharusnya memberi penekanan kepada isu lebih besar seperti ekonomi dan pendidikan Islam yang boleh memberi manfaat kepada semua.
“Ustaz (saya) sebenarnya tak suka ulama-ulama fokus kepada perkara-perkara yang remeh macam ini, banyak lagi perkara besar macam ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
“Elok kita fokus benda besar lebih bermanfaat kepada umat Islam, kalau tumpu benda kecil ia tidak guna dan sia-sia.
“Ia akan timbul keresahan dalam masyarakat. Ada yang rasa bersalah, orang lain pula akan pertikaikan, ia merugikan masa dan tenaga kita,” katanya kepada Malaysiakini.
Wan Salim ditanya mengenai pandangan dikeluarkan penceramah bebas yang popular, Azhar Idrus yang melarang wanita Muslim mengambil gambar di kedai foto bukan Islam.
Wan Salim berkata tidak ada sebarang masalah jika wanita Islam ingin mengambil gambar di kedai bukan Islam asalkan menutup aurat.
“Kalau tutup aurat tak ada nas yang melarang (ambil gambar di kedai bukan Islam). Kita sebenarnya banyak isu seperti ini, kita tak boleh menemui hukum sebenarnya yang jelas dalam hukum dan hadis nabi.
“Yang ada adalah pertimbangan dari segi kepentingan dan kemudaratan,” katanya.
Sumber : MK 

Post a Comment

5 Comments

  1. Tepat apa yang di perkatakan,kebanyakan penceramah gemar mensensasi kesah dalam kelambu tetapi tidak nampak kerosakan yang di lakukan oleh para pemimpin Negara sehingga "MENUSAK" kan kehidupan seharian rakyat maehean, seolah olah perbuatan Para pemimpin mengenakan cukai saperti GST di redohai. Kerunthan akhlak anak muda "ISLAM" sudah semakin terok pun tiada siapa yang berani menegur nya. Itu sebab kebelakangaan ini saya kurang mengakses ceramah orang tempatan malah ada yang saya terus boikut. Malah di Negeri Johor ini saya terpaksa berhijrah ke masjid masjid yang tidak ada "YANG BERCERITA" sebelun azan Juma'at. Aneh nya sebelum ini tiada pun, akhir akhir ia nya tumbuh seperti tumbuh nya cendawan sebelum hujan. Nereka lupa bahawa kebanyakan jemaa' bernit atikaf dengan membaca Al-Qur'an dan sebagai nya. Bukan kah perbuatan "BERCEROTA" itu menganggu kontesasi jemaah dan pernah kah di zaman Rasulullah S.A.W perkara sedemikian di ada kan? Di harap mereka yang berilmu memberikan saya jawapan yang boleh di terima akal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka disuruh.. Nk buat mcm mana

      Delete
  2. Negara dh nk tergadai kpd kuasa besar kafir... agamawan masih nk cerita isu remeh?

    Ada yg huruhara nk buat ruu355 last2 senyap memonteng. Tolak kt kerajaan kunun dh lps tnggjawab... senang je ye.

    Tolonglah jg nama baik islam yg kamu bawa dlm ceramah tu.. jgn sampai dilihat kurang akal. Bukankh nabi saw bersifat fatanah.

    Bgaimana nk jd pewaris nabi saw klu tidak fatanah. Apatah lg x amanah.. sokong pulak puak perompak... makan pulak dedak ... huh.. tinggal jubah dn serban jela agama ini.

    ReplyDelete
  3. Kerana bayaran.. Itu yg perlu diajar

    ReplyDelete
  4. Apa lah korang nie....soal kecil akan jd besar bl kita tk ambil tau dlm islam dr kecil hingga besar perlu....tentang ekonomi kena kerajaan ambil tau...yg mufti tu apa kerja nya ...

    ReplyDelete