Percaturan UMNO - Cameron Highland Bakal Diletakkan Calon UMNO ?


Seorang penganalisis politik menasihatkan Umno agar menahan diri dari umpan mengambil alih perlawanan parti BN lain dalam perlawanan di kerusi-kerusi berbahaya pada pilihan raya akan datang.

Prof Madya Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya percaya ada pihak berharap Umno akan menggantikan tempat MIC dan MCA dalam beberapa perlawanan tertentu hanya untuk melihat kekalahan parti Melayu itu dan kemudian dikecam sebagai tidak lagi relevan.
“Pembangkang kerap mengatakan parti-parti komponen BN tidak lagi relevan dan kata-kata itu mungkin menggoda Umno untuk menggantikan parti-parti itu di kawasan pilihan raya yang secara hak milik mereka.”
Beliau mengambil contoh kerusi Klang, di mana Umno mungkin merasakan mereka mempunyai peluang yang lebih baik berbanding MCA, terutamanya apabila PAS menyertai perlawanan itu dan menyebabkan pertandingan 3 penjuru.

BN secara tradisi membiarkan MCA bertanding di Klang, di mana orang Cina membentuk 46% pengundi, orang Melayu 32% dan orang India 20%.

Awang Azman berkata pakar strategi dalam Umno mungkin merasakan BN boleh menawan Klang jika undi Melayu berpecah 3.
“Bagaimanapun, oleh kerana pengundi Cina membentuk lebih 40% pengundi, lebih baik MCA bertanding di situ kerana politik perkauman masih dominan di negara ini.”
Charles Santiago dari DAP mula bertanding di Klang pada 2008 dan menewaskan calon MCA Ch’ng Toh Eng, memenangi lebih 65% undi.
Pada pilihan raya umum ke-13, beliau menewaskan calon MCA Teh Kim Poo namun dengan marjin yang berkurangan.

Awang Azman merasakan tiada masalah sekiranya Umno menggantikan parti BN lain di kawasan majoriti Melayu.
“Sebagai contoh, MCA perlu beri laluan kepada Umno di Bandar Tun Razak, di mana orang Melayu membentuk 53% pengundi.”
Dalam satu temubual Oktober lepas, beliau mencadangkan Umno menggantikan MIC di Cameron Highlands, melihat kepada prestasi buruk MIC pada 2013.
Pada PRU13, bekas presiden MIC G Palanivel memenangi kerusi itu dengan 10,506 undi. Pencabarnya, Manogaran Marimuthu daripada DAP meraih 10,044 undi.

Awang Azwan berkata demografi Cameron Highlands sebenarnya tidak banyak membantu MIC. Orang India hanya membentuk 12% pengundi di situ, berbanding Melayu 34%, Cina 33% dan Orang Asli 20%.

Sumber : FMT

Post a Comment

1 Comments

  1. ko letak la saper.. Org dh xnk UMNO.. xpaham bahasa ker

    ReplyDelete