Bila membabitkan dadah, aku termenung and berdoa semoga anak2 aku dijauhi dari ujian berat sebegini. Dengan mengutuk, tidak akan mengubah keadaan. Pihak berkuasa sepatutnya memikirkan satu mekanisma untuk pasangan yang terlibat dengan dadah. Mereka bukan meminta untuk menjadi sedemikian, tetapi bila terjebak. Hanya tuhan saja tahu seksanya untuk hadapi liku rumahtangga sedemikian.
Laporan Asal : Hmetro
BERANG ditegur kerana tidak bekerja, seorang lelaki dikatakan mengamuk sebelum bertindak melibaskan pisau ke arah isteri dan anaknya dalam kejadian di Tehel, Jasin, awal pagi semalam.
Kejadian kira-kira 3 pagi itu mengakibatkan dua anak lelakinya berusia antara satu dan lima tahun serta isterinya berumur 26 tahun mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Melaka.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan mendapati pertengkaran berpunca akibat suspek cemburu dan pada masa sama isterinya turut memarahi dia kerana sudah seminggu tidak bekerja selain menagih dadah.
"Ketika pertengkaran berlaku, isteri suspek mendukung anaknya yang berusia setahun sebelum lelaki itu mengambil sebilah pisau sayur di dapur dan melibas ke arah mangsa sehingga cedera.
"Melihat keadaan isteri dan anaknya yang tercedera, suspek menelefon ibu mentuanya supaya datang ke rumah untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan di hospital," katanya.
Arshad berkata, akibat terkena pisau, anak suspek yang berusia lima tahun calar di perut manakala seorang lagi anaknya cedera di kepala serta tengkuk dan menerima 13 jahitan.
"Manakala isterinya mengalami kecederaan di kedua-dua lutut, jari serta kepala dan menerima 17 jahitan.
"Suspek bertindak melarikan diri sebelum berjaya ditahan polis kira-kira 2.30 petang tadi di hadapan sebuah hotel Jalan Gajah Behrang.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.
0 Comments