Sebanyak 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dirampas dalam 5 serbuan di sekitar Johor Bahru, Khamis lepas.
Pengarah(KPDNKK) Johor, Khairul Anwar Bachok berkata:
Serbuan di 5 kedai ubat-ubatan dan serbaneka itu merupakan hasil risikan dan pemantauan pengadu, iaitu pengeluar susu sebenar sejak Ogos lalu.
“Ia susulan aduan yang diterima berkaitan seorang bayi mengalami muntah-muntah teruk setelah menggunakan susu ini yang kemudiannya didapati tiruan oleh pihak pengeluar produk ini,”
3 premis berkenaan didapati menjual susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dengan nilai rampasan dianggarkan RM42,000.
“Kotak susu yang disyaki tiruan bercampur kotak susu asli di rak jualan. Susu tersebut turut dijual dengan harga sama dengan susu pek tulen, iaitu sekitar RM200 setiap pek,”Hasil siasatan mendapati pemilik premis perniagaan berumur 50 tahun itu mendakwa tidak mengetahui susu rumusan bayi seberat 1.8kg setiap kotak itu, adalah tiruan.
Selain itu, invois pembelian susu rumusan bayi berkenaan menggunakan nama dan alamat syarikat palsu bagi mengelirukan pihak berkuasa.
“Justeru, pihak kami akan mempergiatkan lagi operasi di daerah lain bagi mengesan produk susu rumusan bayi tiruan dalam usaha mengenal pasti sumber pengeluar dan produk tiruan ini.”
Selain itu, pihaknya juga akan menghantar susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dengan susu rumusan sebenar ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti perbezaan kandungan antara kedua-duanya.
Khairul Anwar turut menasihatkan pengguna berhati-hati dalam membuat pembelian barangan di pasaran dan menghubungi cawangan KPDNKK berdekatan untuk mengetahui perbezaan produk susu tiruan dan tulen bagi jenama itu.
Sumber : FMT
2 Comments
Kotak mcm susu enfagrow jer
ReplyDeletetak logik jual beli dgn company yg tak tahu kesahihan sumber susu. Silap2 dah kotim. Nyawa budak kecik dipertaruhkan!!
ReplyDelete