100 Hari Persiapan DAP Jangka PRU14 Sebelum 17 Mei 2018


DAP mengarahkan semua jentera partinya digerakkan dalam masa 100 hari ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang mungkin akan diadakan sebelum 17 Mei, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Lim merasakan PRU14 sebelum tarikh itu masuk akal selepas pemimpin kanan Umno yang juga menteri kabinet, Nazri Aziz semalam berkata Parlimen tidak akan dibubarkan semasa persidangannya antara Mac dan April.

PRU14 juga katanya tidak mungkin diadakan pada bulan puasa yang dijangka bermula pada 16 Mei, atau ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri pada pertengahan Jun, kata Lim.
"Yang tinggal adalah tarikh antara lewat April dan awal Mei," 
Lim percaya PRU14 akan diadakan sebelum 16 Mei iaitu sebelum umat Islam memulakan ibadah puasa.
Mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) berakhir pada 24 Jun manakala pilihan raya perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas Parlimen dibubar.
Jabatan Penjara Malaysia semalam mengesahkan Anwar akan bebas pada 8 Jun, dua hari lebih awal daripada tarikh hukuman penjara lima tahunnya berakhir pada 10 Jun 2018.

"Oleh kerana 10 Jun adalah hari Ahad dan 9 Jun adalah Sabtu, beliau boleh dibebaskan pada 8 Jun 2018, iaitu pada Jumaat," kata ketua pengarahnya, Zulkifli Omar, pada Ahad.

Dalam ucapannya, Lim menyifatkan PRU14 ini sebagai "kalah mati" DAP untuk membantu PH "menyelamatkan Malaysia dan masa depan anak cucu daripada dirompak".
"Untuk menang Putrajaya, Pakatan mesti juga menang di Perak, Kedah, Johor dan Negeri Sembilan selain mengekalkan Pulau Pinang dan Selangor,"
PH semalam mengumumkan muafakat yang dicapai empat parti yang bergabung dalam pakatan pembangkang itu bagi menghadapi PRU14.

PH semalam mengesahkan Pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalannya, apabila PH dapat mandat rakyat jadi kerajaan persekutuan.

Gabungan pembangkang itu juga mengumumkan pembahagian 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, dengan Bersatu bakal bertanding 52 kerusi, PKR 51, DAP 35 dan Amanah 27.

Sumber : MalaysiaInsight

Post a Comment

0 Comments