Zahid Sindir HARAPAN Pilih Mahathir (Tokoh Perosak Negara) ?


Resolusi Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menamakan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahahtir Mohamad calon perdana menteri jika gabungan pembangkang menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang adalah "tepat, cukup baik dan kena pada tempatnya", sindir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Ini membuktikan bahawa HARAPAN tidak mempunyai pemimpin yang lebih layak daripada Dr Mahathir untuk mengambil jawatan tersebut, untuk terus merosakkan negara.
“Resolusi yang dibuat Pakatan Harapan dalam perhimpunan mereka adalah resolusi yang tepat, cukup baik, dan kena pada tempatnya sebab tokoh itu adalah tokoh yang cukup berjasa kepada negara selama 22 tahun.
“Insya-Allah kalau beliau diberi tempat semula, maka kesalahan-kesalahan yang terlebih dahulu akan diulangi oleh beliau.
“Itu adalah satu kitar-semula yang memang sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat untuk melihat bahawa tidak ada tokoh lain yang lebih layak dalam Pakatan Harapan selain tokoh yang cukup berjasa kepada negara itu untuk melakukan kerosakan dan kesalahan kepada negara,”
Resolusi konvensyen HARAPAN Ahad lalu bersetuju melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri jika memenangi PRU-14.

Sumber :  MK

Post a Comment

3 Comments

  1. Dulu bukan main lagi duk puji madey... sekarang semua hentam....

    Bak kata pepatah

    Keluar Umno Dihentam Umno
    Keluar Umno Dipuji Pembangkang
    Sucikan diri Masuk PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun depan Najib masuk PH, dia pun akan jadi suci gakkkk....

      Delete
    2. Najib join PAS la... Cuci dosa.

      Delete