Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS lebih mudah untuk melaksanakan hukum Islam di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berbanding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dulu.
Presiden PAS itu berkata, di bawah Dr Mahathir, Islam dihina dan hukum Islam diketepikan.
“Kalau dulu zaman Dr Mahathir, dia hina Islam. Tutup aurat pun dia kata bukan agama suruh, tetapi adat saja. Dia tak nak kita laksanakan hukum Islam,”Kenyataan Hadi itu menyusul selepas serangan terbaru Dr Mahathir semalam terhadap Hadi yang didakwa bekerjasama dengan Umno untuk memecahkan undi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut Hadi, hasil “politik matang dan sejahtera” yang diamalkan PAS terhadap Umno, ia membolehkan pelaksanaan beberapa hukum Islam.
“Perdana menteri sekarang, kita boleh berbincang, kerana kita perlu kepada perubahan. Kalau zaman Mahathir, dia tak mahu fikir kita nak laksanakan Islam,”P/S : Rasanya tiba masanya TGHH menjemput BN bersama Gagasan Sejahtera.
Sumber : FMT
1 Comments
haaaa... itu lagi baik.. senang nk tubuhkan kerajaan islam hadi najib
ReplyDelete