KEJAM! Kanak2 OKU Didera, Kaki Tangan Melecur!


Seorang kanak- kanak lelaki orang kurang upaya ( OKU) berusia sembilan tahun melecur pada kedua belah tapak kakinya disyaki didera bapa kandungnya di rumah mereka di sini baru-baru ini.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Fadzil Hashim berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu selepas guru sekolah membawa mangsa yang membuat laporan di IPD Pendang kira- kira pukul 1 petang tadi.
“Pihak sekolah simpati dengan mangsa apabila ditanya kanak-kanak itu memberitahu dia dipukul bapanya sejak beberapa hari lalu dan kita syaki mangsa didera” 
Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB) di Alor Setar untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Mangsa yang juga OKU kategori masalah pembelajaran kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” 
Fadzil memberitahu, ekoran kejadian itu, pihaknya menahan bapa mangsa berusia 30-an kira-kira pukul 4.30 petang tadi untuk membantu siasatan.

“Kita juga akan soal siasat ibu mangsa dan beberapa individu terdekat untuk mengenalpasti motif kejadian, “ katanya.

Beliau berkata, kes di siasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber : Utusan

Post a Comment

0 Comments