Drama PAS "Calon Perdana Menteri" Berkumandang


Hilang sudah galak PAS mempertikai, mempersoal "Calon PM Pakatan Harapan" selepas harapan menamakan Tun Mahathir. Tibanya giliran lebai untuk memutarbelit segala persoalan dengan menyatakan tunggu takdir allah. PAS dalam keadaan keliru samada mahu memihak kepada BN atau PH. Apa yang dilakukan adalah menonjolkan bala tentera yang ramai, hakikatnya perjalanan yang celaru dan keliru dalam cubaan mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Persoalan adakah PAS bersedia menggantikan BN, nampaknya sudah terjawab. Bagaimana hendak ganti sedangkan calon PM tidak terjawab dan berdolak dalih. PAS mempertikaikan hak rakyat dan membela hak rakyat tetapi ahli parlimen PAS lebih suka berdiam diri didalam parlimen dan bersikap berkecuali. Apakah yang cuba diperjuangkan PAS untuk membela rakyat. Bajet alternatif juga tidak disediakan.

Mungkin PAS menyajikan rakyat dengan slogan negara sejahtera yang tidak tahu siapakah akan memimpin negara islam yang bakal ditubuhkan sekiranya PAS berjaya menawan putrajaya. Calon PAS juga tidak perlu penilaian daripada SPRM, katanya telah disemak oleh majlis tertinggi PAS yang lebih hebat daripada SPRM.

Undi Perubahan, Undi Kekal Ditangan Anda.

Mahathir Atau Najib ?

Post a Comment

3 Comments

  1. Hj hadi sgt kecewa kerana takde pemimpin pas yg mampu melafaz dgn lidah yg fasih bahawa calon pm PiGS adalah tn guru hj hadi awang.

    Kenapa pemimpin2 pas tk faham2 atau majoriti mereka adalah harum manis.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Calon pm ketentuan Allah

    Calon muktamar ketentuan cai.

    Hihi...wht the hell

    ReplyDelete
  3. Calon muktamar ketentuan najib dan rosmah

    ReplyDelete