Farid Tertekan Terlampau Rindu Anak ?


Keluarga Datuk Farid Kamil tidak menolak kemungkinan Pengarah dan Pelakon terkenal terbabit mengambil ganja kerana tekanan perasaan lantaran sudah lama tidak bertemu dua anaknya.

Adiknya, Fadzil Bahari Zahari, 34, berkata, abangnya sebelum ini tidak pernah terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Namun, katanya, dia tidak menolak kemungkinan bahawa abangnya itu mengambil ganja bagi menenangkan fikiran lantaran tekanan perasaan dihadapinya.

Menurutnya, dia ada bertemu dengan abangnya tiga sehari sebelum di tahan dan Farid memberitahu yang dia terlalu merindui dua anaknya iaitu Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3.
"Ketika bertemu dia (Farid Kamil) beritahu saya bahawa dia sudah lama tidak berjumpa dengan dua anaknya. Dia kelihatan murung namun saya tidak sangka dia bertindak sedemikian. 
“Dia mungkin mengalami tekanan perasaan dan masalah mental. Kami sekeluarga akan memberi sokongan mental terhadapnya termasuk membawanya berjumpa doktor pakar,” katanya ketika ditemui hari ini.
Fadzil yang hadir ke Komplek Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, ditemani adiknya, Anis Anwar bagi mengikuti perkembangan penahanan Farid Kamil.

Bagaimanapun, kelibat isteri Farid Kamil iaitu Datin Diana Danielle tidak kelihatan di mahkamah terbabit.

Dalam kejadian pada jam 1.20 tengah hari semalam, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka anggota polis yang bertugas dan orang awam di balai polis terbabit.

Susulan kejadian, Farid Kamil ditangkap serta merta di lokasi dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif ganja.

Farid Kamil kini direman selama empat hari sehingga Isnin ini bagi siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sumber : HM

Post a Comment

0 Comments