Janji Stadium Antarabangsa Jika BN Menang Kelantan?


BN mula menabur gula2 untuk rakyat kelantan. Setelah kejatuhan teruk bolasepak kelantan dan ditinggalkan dengan hutang, telah menjadi ukuran sejauh mana pemimpin BN mampu menggalas tugas. Hari ini tokpa berjanji stadium bolasepal negeri bertaraf antarabangsa sekiranya BN menang dikelantan.

Dan harini juga Najib bersuara menyatakan negara akan hancur sekiranya BN tidak memerintah. Apakah najib lupa, bakal perdana menteri Pakatan Harapan adalah bekas perdana menteri yang menaikkan nama malaysia.

Politik PAS kelantan berada dalam ambang kekalahan, aura kepimpinan PAS kelantan tidak lagi menjadi siulan kedai kopi. Malah menjadi jelekan kerana beberapa kegagalan kerajaan negeri dalam menjawab persoalan yang diutarakan.

BN menang dikelantan? Tidak mustahil dengan perangai Nik Amar pada hari ini.

Post a Comment

0 Comments