Ahli kesatuan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia kini layak mendapat diskaun atau potongan harga istimewa sehingga setinggi 10 peratus bagi membeli semua kereta Proton.
Menurut akbar berbahasa Cina, Nanyang Daily, potongan harga itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB), Li Chunrong semasa sebuah majlis makan malam dengan pengusaha Hokkien tempatan Jumaat lalu.
"Mana-mana rakyat Malaysia berketurunan dari Fujian yang membeli kereta Proton akan menikmati harga paling istimewa,"Surat Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PONSB, Abdul Rashid Musa kepada persekutuan itu menggambarkan perjanjian berkenaan sebagai kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak.
Tawaran itu sah mulai 12 Januari lalu hingga 31 Mac tahun ini, menurut surat yang dilihat oleh Malaysiakini.
"Kami berharap bahawa ini akan menjadi titik permulaan yang baik untuk lebih banyak kerjasama akan datang," kata Abdul Rashid.
Mengikut senarai harga yang dilampirkan itu, diskaun antara 5 hingga 10 peratus ditawarkan. Sebagai contoh, mereka yang membeli kereta Proton Perdana 2.4 akan mendapat potongan sebanyak RM12,911.
Sumber": MK
4 Comments
Boikot jer proton. RASIS!
ReplyDeleteEh, ini bukan rasislah. Cuba kaji dulu. Rakyat Malaysia etnik China bukan saja Hokkien. Ada Kantonis, Hailam, Hakka dll. Dalam kes ini, walau etnik China pun, kalau bukan Hokkien takkan dapat diskaun. Ini suatu cara Proton nak clear stok lama. Faham?
ReplyDeleteRasis la tu! Ko tu xfhm
DeleteAdaa aku kisah, Nak lagi murah beli kt Dubai rm 33,600 boleh dapat dapat proton suprima.suprima
ReplyDelete