"King Maker PAS" Mengundang Campur Tangan Tentera ? - BANkami

Sunday, January 14, 2018

"King Maker PAS" Mengundang Campur Tangan Tentera ?


Tindakan PAS untuk menjadi 'king maker' (penentu) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bakal mendatangkan krisis politik baru negara, kata anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, PAS akan mengganggu proses pembentukan kerajaan selepas pilihan raya sekiranya memenangi 40 kerusi yang disasarkan ketika parti lain tidak mampu membentuk kerajaan.
"Sepatutnya selepas PRU14 kita ada proses angkat sumpah perdana menteri dan seterusnya bentuk kabinet. Jika PAS jadi penentu ini bermakna PAS akan (buat pilihan) dan melambatkan proses pembentukan kerajaan.
"Ini satu keadaan yang tidak baik kepada masa depan negara dan tindakan PAS itu akan mencetuskan ketidakstabilan politik Malaysia.
"Bila tak boleh bentuk kerajaan, politik jadi tak stabil, pada waktu itu jika ada pihak cuba mencetuskan provokasi yang boleh mendatangkan kepada krisis politik baru yang boleh membawa keadaan tegang," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Undang Campur Tangan Tentera

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjangkakan tiada satu pun parti yang dapat membentuk kerajaan selepas PRU14 dan sekiranya PAS menang 40 kerusi parti itu akan menjadi tempat bergantung parti lain yang mahu menubuhkan kerajaan.

Ini kerana menurut Abdul Hadi, sekurang-kurangnya 112 kerusi diperlukan bagi membentuk sebuah kerajaan.
"Jika PAS ada 40 kerusi, bermakna kita akan menjadi tempat kebergantungan siapa yang nak tubuh kerajaan. Dengan 40 kerusi ini kita (PAS) ada pengaruh dan boleh minta macam-macam," katanya.
Mahfuz yang juga bekas naib presiden PAS berkata, susulan tidak boleh membentuk kerajaan, keadaan itu juga bakal mengundang campur tangan tentera.
"Ini sangat berbahaya terhadap masa depan negara, ekonomi tidak stabil dan negara akan terjerumus ke jurang yang merosakkan akibat tindak-tanduk PAS.
"Jadi bagi saya rakyat tidak wajar untuk memberikan undi kepada PAS," jelasnya.

Sumber : MK

9 comments:

  1. elog bagi tentera jela.. bagus tindakan PAS. lepas tu semua parti bubar. Jadi macam thailand..

    ReplyDelete
  2. PAS akan dikenang dalam sejarah sebagai penjahanam kestabilan negera. Oleh itu, jika anda tidak sayang akan negara, maka undilah PAS. Jika anda sayang akan negara, tak usah undi PAS, sebaliknya undilah Pakatan Harapan. Titik.

    ReplyDelete
  3. Terbukti sudah, PAS hanyalah satu parti politik yang hanya bertopengkan agama. PAS adalah parti oportunis, walaun juga diperbodohkan!!!

    ReplyDelete
  4. Tak mau berpakat dengan dap,lawan amanah Dan mau lawan umno camno nak berpakat, jika dap Dan amanah menang banyak camno, kata tak berlawan dengan umno ,ITU semua macam jilat ludah sendiri

    ReplyDelete
  5. Tak mau berpakat dengan dap,lawan amanah Dan mau lawan umno camno nak berpakat, jika dap Dan amanah menang banyak camno, kata tak berlawan dengan umno ,ITU semua macam jilat ludah sendiri

    ReplyDelete
  6. Kesimpulannya, jangan sokong pembangkang, baru negara stabil dan tidak mengundang campurtangan tentera...............!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahtu ko nk sokong rasuah yg berleluasa sekarang?

      Delete
  7. King maker belum tentu. Rasa ke laut pas adalah. Tapi KING MAKI memang dah pasti anugerah yang pas pegang. Siang malam dyk menyalak kapir harbi munafiklah tapi mereka inilah sebenar yang mrlacurkan agama demi habuan duniaei.

    ReplyDelete
  8. Sapa yg nk undi pashadi kecuali walaun taksub je.

    Undi pasu bunga apa faedahnya.

    Hadi tkde kredibiliti langsung...ruu pun terkandas gitu saja.

    Takde sebb nk undi pas.

    ReplyDelete