PAS Berdolak Dalik Bila Disoal Mahathir "Calon PM"


PAS tak layan cabaran Dr Mahathir
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihak pembangkang perlu memberi tumpuan menyelesaikan kemelut dalamannya.

PAS enggan melayan cabaran dibuat Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad agar mendedahkan calon perdana menteri mereka dan menyifatkan Pakatan Harapan terlalu mementingkan jawatan itu sahaja.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, apa yang PH perlu tumpukan adalah menyelesaikan kemelut dalaman yang melanda gabungan pakatan itu sendiri, sebagaimana dilaporkan Berita Harian.

Menurutnya, PAS tidak ingin terperangkap dengan cabaran bekas perdana menteri tersebut yang didakwa seolah-olah cuba lari daripada masalah dihadapi PH.

"Saya merujuk kenyataan Presiden (Abdul Hadi Awang) sebelum ini kerana isu ini bukan perkara baharu dalam sejarah. Pada zaman Nabi Muhammad, ada kabilah Bani Amir dan mereka bertanya kepada Baginda, jika menang, siapa yang akan menjadi ketua.

"Maka Baginda menjawab, kekuasaan milik Allah, Allah akan bagi kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Maknanya jawapan yang diberikan Nabi Muhammad adalah jawapan yang lari daripada polemik berebut jawatan," katanya.

Jelasnya, Abdul Hadi tidak pernah berhasrat berebut untuk menyandang jawatan sedemikian.

Tuan Ibrahim berkata, ini dapat dilihat apabila PAS menamakan calon daripada parti PKR iaitu Khalid Abdul Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar, meskipun parti Islam itu memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata partinya berpegang dengan berpendirian yang pentadbiran kerajaan perlu berpandukan kepada kerajaan teknokrat di mana semua pihak iaitu tokoh korporat, pakar ekonomi dan individu perlu memainkan peranan membangunkan serta menentukan hala tuju negara dan tidak bergantung harpa kepada ahli politik sahaja.

Semalam, Dr Mahathir mencabar PAS untuk mengumumkan calon perdana menteri mereka selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH.

Beliau ditanya mengenai pandangannya mengenai dakwaan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Kadir Jasin yang wujud satu pakatan rahsia antara Umno dan PAS di Kelantan untuk membenarkan PAS kekal di Kelantan.

Bagaimanapun, beliau tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya mencabar PAS mendedahakan siapa yang akan disokong mereka sebagai perdana menteri.

"Isu besar dihadapi mereka (PH) ialah soal jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri, keduanya isu pembahagian kerusi yang dilihat didominasi pihak tertentu dan ketiga perjuangan reformasi oleh penyokong Anwar Ibrahim yang kecewa dengan apa yang berlaku," katanya.

Awal bulan ini semasa konvensyen PH, gabungan parti itu menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri mereka dan presiden PKR sebagai timbalan perdana menteri sekiranya mereka berjaya memenangi pada PRU akan datang.

Sumber : MI

Post a Comment

2 Comments

  1. PAS ni memanglah teruk. Dulu sedap saja mereka cabar/suruh PH namakan calon PM. PH buktikan sikap besar jiwanya dengan menyahut cabaran/saranan PAS (dan BN/UMNO). Sekarang apabila PH pula minta mereka berbuat demikian, pandai pula mereka kata TAK NAK LAYAN perkara itu. Memanglah PAS parti berjiwa kecil dan berhati tikus.

    ReplyDelete
  2. tkde isu besarpun jawatan PM pembangkang

    saja dibesar2kan oleh pasno

    ReplyDelete