Penjelasan Dato Aliff "Rolls Royce Disewa Warga Asing"


Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman akan menyelesaikan urusan membabitkan kereta Rolls Royce yang didakwa disita dalam Op Patuh di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur malam tadi, selepas pulang dari luar negara, esok.

Beliau ketika dihubungi hari ini berkata, dia kini berada di Bali, Indonesia atas urusan perniagaan dan sangat terkejut selepas mendengar berita berkenaan selain tidak tahu-menahu keretanya disewa oleh dua warga asing atau mengenai penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan itu.
"Saya tidak tahu mengenai kereta saya yang disewakan kepada orang lain dan segala urusan mengenai kereta berkenaan dilakukan oleh pengurusan syarikat,” katanya.
Menurutnya yang juga Pengarah UrusanD'herbs Holding Sdn Bhd, dia mengakui kesilapannya itu dan meminta maaf kepada pihak JPJ serta akan memastikan perkara sama tidak berulang.
"Saya akui kecuaian saya ini dan memohon maaf kepada pihak berkuasa. Apabila balik ke Malaysia nanti, saya akan uruskan perkara ini.
"Sebenarnya saya tidak menggunakan kenderaan itu dan segala urusan perjalanan di Malaysia menggunakan kereta Toyota Vellfire.
"Saya tidak mahu memperbesarkan hal ini dan akan menyelesaikannya dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila balik ke Malaysia nanti," katanya.

Sumber : HM

Post a Comment

1 Comments

  1. terlampau kaya. kereta pn xamik port.. lepas jer kt yg handle.

    ReplyDelete