Rasuah Tahap Gaban, Selfie Depan Kaabah


Rakyat tidak harus tertipu dengan propaganda pemimpin negara yang menunjukkan imej warak dengan bergambar di hadapan Kaabah, kata Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata, rakyat harus menolak pemimpin bersikap hipokrit yang menunjukkan imej alim sedangkan hakikatnya menyimpang dari landasan dan mengamalkan rasuah.

Beliau menggunakan slanga popular anak muda – pada “tahap gaban” untuk menggambarkan bahawa kesalahan rasuah itu sangat berat.
"Walaupun mereka memimpin negara sekarang, saya tak kiralah kalau ada pemimpin tertinggi kerajaan mendirikan umrah bergambar (di) makam Rasulullah dan Kaabah,” 
“Tapi kita tahu dia jauh menyimpang dari landasan sebenar dan rasuah tahap gaban kita tetap tolak dia. Ini semua propaganda,"
Kenyataannya itu merujuk kepada perdana menteri yang mengambil kesempatan menunaikan umrah bersama anggota keluarganya semasa lawatan ke Arab Saudi pada hujung minggu lalu.

Gambar menunjukkan Najib menunaikan ibadat dan mengunjungi makam Nabi Muhammad itu dimuatkan perdana menteri ke laman sosial.

Kemunculan gambar berkenaan meraih kritikan di kalangan pengguna media sosial yang kempersoalkan kewajaran Najib membawa keluarganya dalam lawatan tersebut.

Perkara itu dijelaskan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan yang menyebut, kos perjalanan itu dibiaya sendiri oleh keluarga Najib dan tidak ditanggung kerajaan.

Peserta rombongan keluarganya itu termasuklah ibu Najib, anak, anak tiri, menantu, cucu, adik beradiknya, serta empat orang tetamu khas.

PMO mengesahkan Najib, yang dijemput oleh Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, disertai oleh isteri, ibu, anaknya, beberapa ahli keluarga termasuk adik beradiknya, kenalan dan pegawai.

Mengulas lanjut mengenai ibadah umrah itu, Mukhriz dalam ucapannya berkata, Najib yang dikenalinya dahulu adalah seorang yang begitu warak dan taat kepada setiap suruhan Allah.
"Saya nak terangkan dan semua tahu perkara ini, Najib itu bukan pemimpin yang boleh kita ikut. Orang seperti ini wajib kita tolak dan pastikan dia tak lagi memerintah lagi,"

Sumber : MI

Post a Comment

4 Comments

  1. Dia ni xtakut kena baham dgn geng lebai ker

    ReplyDelete
  2. kami mau juga gambar di atas bot laju bersama jho low yg disorok2.

    juga mau gambar bersama altantuya.

    sebb kami tk kenal siapa mo1 yg terlibat dlm gambar2 tu.

    ReplyDelete
  3. Tengok bapak kau yg kufur tu Mukhriz!!

    ReplyDelete
  4. jgn sembarangan kufurkan org, nanti diri sendiri yg kufur.

    ReplyDelete