TMJ Mahu Letak Jawatan Presiden FAM ?


Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan sudah bersedia untuk melepaskan jawatan tersebut dalam tempoh dua tahun selepas misi peribadi baginda tercapai.

Perkara tersebut dijelaskan menerusi satu rakaman video berdurasi 4:17 minit yang dipaparkan oleh laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers semalam.

Titah baginda, tiada azam khusus yang diletakkan selaku Presiden FAM tetapi baginda berhasrat untuk membantu pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M) untuk memperoleh dana sampingan bagi memastikan persaingan sihat boleh berlaku.
“Saya ialah presiden yang akan cuba mencari duit untuk pasukan supaya dapat bertanding tanpa bebanan, betulkan struktur dan cuba buat yang terbaik untuk pasukan kebangsaan.
“Selepas itu saya mengharapkan ada satu presiden baharu, Superman jadi Presiden FAM kerana saya tidak (akan kekal) lama.
“Saya akan lepaskan jawatan sebagai Presiden FAM mungkin pada 2018 atau 2019. Ia bergantung (keadaan) tetapi lebih cepat lebih baik,” katanya menerusi satu klip video tersebut semalam.
Beberapa perubahan positif yang telah dibawa oleh Tunku Ismail adalah mendapatkan penajaan bernilai RM104 juta daripada Ampersand Sports Sdn. Bhd. untuk menaja keseluruhan saingan Liga M.

Baginda turut membantu syarikat antarabangsa dari Jepun, Yakult untuk menjadi penaja rasmi FAM tahun lalu.

Sumber : Kosmo

Post a Comment

0 Comments