BOS Mydin VS BOS JASA


Mydin, perniagaan wholesale yang sememangnya sinonim dengan golongan berpendapatan rendah. Mereka menjual barangan keperluan harian yang dikatakan lebih murah. Selain mydin, tesco juga dikatakan pasaraya jualan barangan keperluan harian pada harga terendah.

Apa yang aku nampak, bos mydin bukan mempertikaikan peningkatan KDNK, tetapi mengambil inisiatif mengulas kenaikan KDNK tetapi pembelian di mydin merudum. Mydin mentafsirkan masyarakat berkira-kira dalam membuat pembelanjaan. Mydin juga tidak menolak kenaikan harga barang dalam tempoh 5 tahun yang boleh dikatakan agak tinggi menyebabkan netizen terpaksa berkira-kira dalam mencongak perbelanjaan dapur.

Tun Faisal tidak berpuashati dengan statement Bos Mydin dan menyalahkan mydin kerana kegagalan kedai KR1M dan berpendapat kerugian mydin adalah kerana syarikat itu sendiri. Tun Faisal pula mengulas kembali apa itu KDNK dan bakul yang terlibat dalam menjana pengiraan KDNK. Tun Faisal melihat peningkatkan KDNK membabitkan syarikat lain yang untung besar dan melihat perbelanjaan rakyat dalam pembelian kereta, melancong, membeli gadget mahal dan pelbagai barangan luxury.

Aku tidak katakan ekonomi malaysia tidak stabil, tetapi jurang antara golongan berpendapatan rendah dan golongan berpendapatan tinggi semakin menunjukkan ketidakseimbangan. Apa yang berlaku mereka yang berada di pertengahan menjadi mangsa ukuran golongan politifag sebagai sandaran melihat perkembangan setelah mentafsirkan data ekonomi. Mydin pula melihat golongan berpendapatan rendah dan pertengahan yang dikatakan kurang berbelanja. Mungkin mereka terpaksa penuhi komitmen lain seperti loan kereta, rumah, gadget(menunjuk), student loan dan akhir sekali baru mereka menghitung perbelanjaan dapur(bagi bekerluarga). Hasilnya mereka hanya membeli barangan keperluan sahaja.

Persoalannya, siapakah yang benar dan siapakah yang salah. Jika mengambil pendapat mydin semata-mata, perkara tersebut tidak boleh menjadi ukuran. Melainkan daripada persatuan hypermarket yang merangkum segala data perbelanjaan dan mentafsirkan perbelanjaan negara. Adakah JASA betul dalam pentafsirannya. Tidak juga. JASA sepatutnya mengeluarkan satu kajian mereka sendiri yang tidak berpihak kepada politik semata-mata. Kajian tersebut hendaklah daripada sumber asal dan bukannya sumber kedua dimana data dikutip daripada mana-mana agensi.

Cukupkah pendapatan kita untuk ikhtiar hidup di malaysia. Masing-masing ada jawapan tersendiri mengikut cara kawalan kewangan masing-masing. Be positif and pilih kerajaan terbaik untuk mengubah pola pendapatan.

Sumber : MK

Post a Comment

0 Comments