Bila Gemuk, MILO Salah ?


MILO, minuman yang dipopularkan sejak berzaman. Dalam minggu ni ada satu video yang mempertikaikan milo kerana menggunakan quotes "Minuman Bertenaga". Dalam video itu juga meminta statement minuman bertenaga tersebut dibuang kerana milo mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Nestle tampil menegaskan kandungan gula cuma 6% jika mengikut sukatan yang dicadangkan then menyatakan setiap negara mempunyai kandungan berbeza. Tetapi kandungan gula akan bertambah sekiranya milo tersebut ditambah susu atau gula.

Mungkin generasi baru malaysia perlu mempromosi koko asli yang pahit pekat. Persoalannya rakyat malaysia itu sendiri dan memang sinonim dengan manis. Budak kecik menangis ko bagi gula-gula, ko bagi makanan ringan. Bila budak obesiti mula salahkan itu ini. Pokok pangkal adalah cara kita mengawal pemakanan dan struktur makanan itu sendiri untuk keluarga kita. Thats it!

Daripada FMT :
Mengulas kontroversi berkenaan Milo dan kandungan gila dalam setiap hidangan minuman itu, Presiden MMA Dr Ravindran R Naidu menasihati orang ramai meminumnya dalam kadar sederhana.
“Semua perkara jika diambil secara sederhana tidak membawa masalah. Mengambil gula secara berlebihan, dari mana-mana sumber sekali pun adalah berbahaya.
“Bukan setakat Milo, tetapi minuman ringan, kek, dan makanan atau snek lain perlu diambil dalam kuantiti kecil,” katanya kepada FMT.
Baru-baru ini, dakwaan kandungan gula berlebihan dalam Milo tular dalam satu video oleh seorang usahawan, Vishen Lakhiani, yang berkata bungkusan Milo dengan jelas menyatakan 40g dalam hidangan 100g minuman itu terdiri daripada gula.
Video itu dibuat susulan artikel akhbar New York Times yang mengkaji peranan antara syarikat pemprosesan makanan multinasional, seperti Nestlé, bersama pakar nutrisi Malaysia yang terkenal dalam mempengaruhi dasar.
Bagaimanapun, Nestlé menyangkal dakwaan Milo “terlalu manis”, mengatakan jika pengguna mengambil minuman itu mengikut cadangan hidangan, kandungan gula hanya sekitar 6%.
“Satu hidangan hanya mengandungi 6% gula. Daripada 6% ini, 3% adalah gula semula jadi (daripada susu dan malt) dan 3% adalah gula tambahan,” kata Pakar Nutrisi Kanan Nestlé (Malaysia) Berhad Nurul Iliani Ahmad dalam kenyataan.
Nurul berkata kandungan gula 40% yang ditunjukkan pada label merujuk kepada serbuk Milo sebelum Milo dibancuh. Apabila dibancuh dengan 200ml air, Nurul berkata kandungan gula hanyalah 6% dalam minuman itu.

Post a Comment

2 Comments

  1. Stndard melayu la kan... Semua benda nak salahkan org lain. ko kejadah makananan lain yang gula tinggi.. ko bising MILO

    ReplyDelete
  2. Reka la mcm mana sekalipun. Tetap tak bleh lawan MILO

    ReplyDelete