Pakcik Ditendang


Seorang lelaki warga emas luka di beberapa bahagian badan serta sakit dada akibat ditendang seorang lelaki yang tidak dikenalinya ketika sedang menunggang motosikal di kawasan Gurney Drive, di George Town semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa berusia 60 tahun baru balik dari masjid dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang tidak jauh dari lokasi kejadian.
"Semasa mangsa sedang menunggang motosikal, seorang lelaki yang tidak dikenali turut menunggang motosikal memotong kenderaan warga emas itu dan telah bertindak menendangnya sehingga terjatuh.
"Berikutan kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan ditahan di wad kerana mengalami kecederaan luka di beberapa bahagian badan serta sakit dada," katanya di George Town hari ini.
Katanya susulan kejadian itu, anak lelaki mangsa hari ini membuat laporan polis berhubung insiden yang menimpa bapanya.

Anuar berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa tidak mengenali lelaki yang menendangnya dan tidak berlaku perselisihan faham atau bergaduh dengan sesiapa sebelum kejadian berkenaan.

Katanya polis masih menjalankan siasatan lanjut tentang motif sebenar kejadian yang turut menjadi tular di media sosial termasuk Facebook serta aplikasi WhatsApp itu.
"Setakat ini polis telah berjaya mengesan seorang wanita yang merakam kejadian itu dari dalam keretanya dan dia akan hadir memberi keterangan serta menyerahkan rakaman asal insiden tersebut," katanya.
Beliau berkata polis juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden tersebut agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

Sumber : MK

Post a Comment

3 Comments

  1. tak kan lah dok tak dok ,saja saja dia nak tendang moto org tua tu? dlm kes ni org tua tu kena cerita benda yg betoi.. punca moto dia ditendang..

    ReplyDelete
  2. tak kan lah dok tak dok ,saja saja dia nak tendang moto org tua tu? dlm kes ni org tua tu kena cerita benda yg betoi.. punca moto dia ditendang..

    ReplyDelete
  3. Motor org tua mgkin y15zr yg cun Dan power, Dia tendang mgkin jeles jeles kot

    ReplyDelete