Sampai Bila Mahkamah Syariah Mahu Terus Lambat ?


Bila membabitkan keputusan mahkamah syariah hak penjagaan dan penceraian. Banyak rungutan keputusan lambat, dan kadangkala perlu naik turun mahkamah. Ditambah lagi dengan pelbagai kerenah si ibu atau si bapa tidak hadir ke mahkamah. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah ANAK.

Itu belum masuk kes si ibu atau bapa yang memeluk islam then diconvert dan bercerai. Yang tu mang kes rumit. Persoalannya kes penceraian biasa dan hak penjagaan anak. Kenapa memerlukan masa yang panjang untuk diputuskan hak penjagaan. Apakah inisiatif daripada kerajaan negeri ataupun kerajaan pusat untuk memastikan penjagaan anak yang terlibat dalam keadaan selamat sebelum hak mutlak diputuskan.

Kalau nak bercakap soal perikemanusiaan, manusia harini semakin hilang akal. Dengan pelbagai tekanan hidup, harga barangan, duit tidak cukup, emosi tidak stabil. Yang menjadi mangsa. Kanak2.

Semoga kita dijauhi dan sentiasa berada dalam keadaan emosi stabil.

Petikan dari Hmetro :
Ibu kanak-kanak terbabit berkata, dia berpisah pada 2011 dan menyerahkan hak penjagaan kepada bekas suaminya itu selepas mengalami masalah kewangan, namun selepas suaminya itu mendirikan rumah tangga pada Disember 2016, banyak perubahan yang berlaku secara mendadak ke atas empat anak perempuannya termasuk yang sulung berusia 14 tahun, 13 yang kini berada di asrama, 8 tahun dan 7 tahun.
"Pada masa ini, isu hak penjagaan anak sedang berlangsung di Mahkamah Syariah, namun sekiranya kes ini mengambil masa yang panjang, saya khuatir sesuatu yang lebih buruk akan berlaku ke atas anak-anak saya.
"Masalah mula timbul apabila saya membawa anak saya tinggal bersama saya, pihak polis akan menghubungi saya dan mengarahkan saya membawa anak saya pulang ke Lenggeng, malah saya juga pernah ditahan di lokap selama tiga hari atas kesalahan berkenaan.
"Apabila saya membuat laporan polis, tiada tindakan susulan atau penyelesaian dicapai kerana pegawai penyiasat IPD Nilai menganggap perkara ini adalah masalah rumah tangga berdasarkan laporan-laporan yang pernah dibuat sebelum ini," katanya.
Guru sekolah agama ini juga berharap supaya perkara ini dapat diselesaikan segera dan sebarang tindakan undang-undang sewajarnya dapat diambil bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian tidak diingini termasuk unsur penderaan sehingga membawa kematian.

Post a Comment

0 Comments