Apa Yang Dimaksudkan Pencatur Politik Trump "We've Done in Malaysia" ?


Sebuah syarikat data yang mendakwa berperanan penting dalam kemenangan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah dirakamkan mengakui menjalankan operasi di Malaysia.

Video intipan oleh Channel 4 di UK merakamkan ketua pegawai data Cambridge Analytica, Alex Tayler sebagai berkata, syarikat itu menggunakan data yang dikumpulkan untuk memprofil orang ramai supaya mesej sasaran berhubung pilihan raya di Amerika Syarikat dan Afrika.

Pengarah Urusan Politik Global Cambridge Analytica, Mark Turnbull kemudian menambah: "Kami telah melakukannya di Mexico, kami telah melakukannya di Malaysia, dan kini kami bergerak ke Brazil."

Kedua-dua mereka mendedahkan ini dalam satu siri pertemuan di London dari November 2017 hingga Januari 2018 dengan seorang tukang atur Channel 4 yang menyamar sebagai pelanggan berpotensi dari Sri Lanka yang mahu membantu ahli politik di sana.

Pada pertemuan kemudian di antara tukang atur itu dan Turnbull, eksekutif berkenaan mendedahkan bahawa syarikat itu ada kalanya bekerja di bawah nama berbeza jika pelanggan tidak mahu dikaitkan dengan Cambridge Analytica.

"Ada kemungkinan kita mempunyai kontrak dengan nama lain... Satu entiti berlainan, dengan nama berbeza, supaya tiada rekod wujud dengan nama kami dilampirkan sama sekali," katanya.

Walau bagaimanapun Channel 4 telah mengaitkan syarikat itu dengan kempen berita palsu 2017 yang dijalankan di Kenya menentang seteru Presiden Uhuru Kenyatta uyang berkuasa sekarang.

Ketua Eksekutif Cambridge Analytica, Alexander Nix juga dirakamkan mengakui bahawa syarikatnya terbabit dengan strategi ‘pasang perangkap’seperti secara rahsia merakamkan kakitangan memberi rasuah kepada ahli politik, atau menghantar gadis ke rumah mereka.

Sumber : MK

Post a Comment

3 Comments