BN Kedah Menggunakan Khidmat "Cambridge Analytica" ?


Dunia bising dengan cambridge analytica dan dikatakan facebook ingin mengambil tindakan berikutan terdapat manipulasi data.

Cambridge analytica dikatakan banyak membantu ahli politik dunia terutama trump untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya. Mereka mengambil kira pelbagai faktor dan usaha kempen untuk memastikan kemenangan berpihak kepada calon yang mendapatkan bantuan cambridge analytica.

Dalam web CA, dikatakan BN kedah menggunakan khidmat mereka untuk kemenangan mengalahkan pakatan rakyat. Dan mereka menggunakan kempen peningkatan taraf persekolahan. Hasilnya BN berjaya menawan kedah.

Mukriz secara langsung menyatakan ada menerima bantuan daripada cambridge tetapi kerajaan malaysia menidakkan perkara tersebut. Mungkinkah hanya BN kedah yang menggunakan khidmat cambridge analytica?

Pendapat aku, tidak ada salah pun nak gunakan khidmat siapa. Mereka cuma menasihat, memberi cadangan kempen dan menjalankan siasatan sosiologi dari pelbagai aspek untuk memastikan parti yang meminta pertolongan daripada mereka berjaya memenangi pilihanraya. Itu pendapat aku.

Rujukan asal : Cambridge Analytica

Post a Comment

1 Comments

  1. pasni kena siasat pulak kata2 abduh bahawa dia selalu berhubung dgn CIA.

    meujuk video doa jadi abu.

    ReplyDelete