Rasuah RM108.5 Juta.. Tuntutan Palsu..

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disyaki terlibat rasuah dan salah guna kuasa melibatkan lebih US$27.8 juta (RM108.5 juta).

Menurut sumber, SPRM menerima maklumat terdapat pegawai syarikat itu disyaki  bersubahat dengan beberapa kontraktor bagi mengemukakan tuntutan palsu berkaitan kerja penyelenggaraan kapal-kapal milik GLC berkenaan sedangkan kerja-kerja berkenaaan tidak dilaksanakan sejak 2010 hingga 2013.

"Oleh itu, SPRM menyerbu syarikat-syarikat berkaitan di ibu negara dan di Johor pada 28 Februari lepas dan merakam keterangan seramai sembilan saksi termasuk empat pegawai kanan syarikat GLC itu serta merampas beberapa dokumen berkaitan," kata sumber berkenaan.

Sumber berkata, antara dakwaan yang disiasat SPRM ialah tuntutan pembayaran kos pembaikan tangki kapal bernilai US$15.8 juta (RM61.6 juta) pada 2012 sedangkan anggaran awal hanyalah US$7.9 juta (RM30.8 juta).

Selain itu, terdapat juga dakwaan mengenai kerja penyelenggaraan kapal yang mengalami kerugian sebanyak US$12 juta (RM46.8 juta) kerana proses pelantikan kontraktor tidak mengikut prosedur perolehan yang ditetapkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan melibatkan  GLC berkenaan

Sumber : SH

Post a Comment

0 Comments