PRU14 - Pakatan Profesional Calon PH Kelantan


PASUKAN HARAPAN BUAT RAKYAT KELANTAN

Sesungguhnya Allah SWT sangat berkuasa atas segala sesuatu.

Pakatan Harapan adalah yg terakhir mengumumkan pasukan calon kita.

Walaupun yang terakhir, Insya-Allah pasukan berwawasan kita untuk Kelantan adalah pasukan yang terbaik kita sediakan.

Pasukan berwawasan Negeri Kelantan ini kita sediakan untuk menyelerakan seluruh rakyat Kelantan. Berbanding parti tertentu yg sebahagiannya calon yang sudah diketahui prestasi mereka.

Calon kita bukan sahaja berwawasan & berkelayakan. Tetapi yg lebih penting mereka mampu melaksanakan tugas mentadbir negeri dengan lebih baik.

Komposisi calon Pakatan Harapan adalah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Iaitu satu hidangan yg menyelerakan.

Saya boleh ibaratkan ia seperti kita makan nasi, ada gulai kurma, ada rendang daging, ada percik ayam tetapi kalau tak ada darca, tak ada nenas, tak ada sambal belacan ia tidak lengkap.

Maka Pakatan Harapan telah tampilkan calon daripada pelbagai segmen dan segenap lapisan masyarakat.

Umpamanya calon Pakatan Harapan di Peringkat Dun & Parlimen yang mempunyai ikhtisas/pendidikan Doktor Perubatan seramai 6 orang. Doktor paling ramai sekali. Kerana Negara kita sekarang ini sedang sakit daripada segi ekonomi, kewangan dan politik. Kelantan juga sedang ketika ini sedang sakit. Maka kita membariskan para DR untuk perbaiki Negara ini.

Kita juga mempunyai 5 orang pemegang Doktor PhD.  Kelantan mungkin menjadi rekod punyai calon-calon yang berkebolehan dalam pelbagai bidang ikhtisas sehingga mereka memiliki Ijazah PhD. 5 orang pemegang PhD yang mempunyai kelayakan pendidikan yg berbeza-beza & mempunyai pengalaman pengurusan serta akademik. Yang in sha allah akan menjadi gabungan pentadbiran yg lebih baik di Malaysia.

Kita juga mempunyi 3 org peguam. Antaranya peguam kita pernah menjadi anggota khas pindaan Ruu355 diantara Kerajaan Negeri Kelantan & Kerajaan Persekutuan.

Antara lain kita mempunyai 2 orang  bekas guru Yayasan Islam Kelantan. Disamping itu kita juga mempunyai seorang bekas Pegawai Majlis Daerah Pasir Putih yg meletakkan jawatan untuk bertanding sebagai Calon Harapan.

Kita mempunyai seorang bekas Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Dalam kalangan itu, kita juga mempunyai 3 orang aktivis R (Royalti). Kerana menghormati & mengangkat bakat mereka dalam menuntut Royalti Kerajaan Negeri Kelantan. Kita mengetengahkan calon yg berkaliber ini.

Saya tidak pasti adakah PAS meletakkan calon aktivis mereka dalam senarai calon?

Calon kita juga merupakan Bekas Pengerusi SPR. Seorang calon yg berkaliber.

Calon kita juga adalah seorang bekas Pegawai PTD yg telah meletakkan jawatan serta merta kerana ingin bersama dalam membuat perubahan di Negara ini. Beliau akan berlawan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Dato Mustapha Mohamad

Untuk pengetahuan juga, kami menampilkan seorang calon daripada kalangan orang Asli untuk terlibat sama melakukan perubahan di peringkat Negeri Kelantan.

Berbanding dengan Pas, Saya kira Pakatan Harapan adalah pasukan yang lebih serius ingin memberikan tentangan kepada UMNO termasuk ke atas Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.

Dengan segala mesej ini, saya ingin maklumkan kepada rakyat Kelantan bahawa Pakatan Harapan memasuki Pilihanraya bukan ingin menjadi pengacau kepada PAS. Tetapi bersedia mengambil alih negeri Kelantan & menyediakan pentadbiran yg lebih baik.

Walaupun kami Parti yg masih baru. Tetapi kami mempunyai calon yang berkelayakan yg telah berbakti & mendahului menyahut perjuangan Pakatan Harapan.

Tujuan utama kita memilih calon-calon ini selain daripada "winnable candidate" tetapi ia juga sebagai persiapan untuk mentadbir Negeri ini secara komprehensif.

Tujuan utama kita sekarang adalah untuk menyelamatkan Kelantan & juga Malaysia. Ayuh berganding bahu membawa mesej perubahan ini.

Tanggungjawab kita selepas ini adalah lebih besar daripada kesempatan untuk menikmati hidup seperti orang biasa.

Jika kita menang. Maka tanggungjawab kita lebih besar daripada keupayaan kita.
.
Kerana itu, saya berharap semua rakan-rakan yg terpilih dapat melakukan yg terbaik &  disamping itu sentiasa mendekatkan taqwa kepada Allah. Merendah diri sentiasa dengan rakan-rakan. Menghormati lawan kita & tidak terjurumus ke dalam provokasi melampau.

Saya berdoa akan kesejahteraan seluruh rakyat Kelantan di dalam & di luar Negeri ini. Saya juga berharap agar rakyat Kelantan dapat memberikan peluang kepada kami di atas dasar "fastabiqul khairat".  Siapa yg lebih baik, itulah yg didahulukan. Siapa yg membawa perjuangan yg lebih bermakna, itulah yg diutamakan.

Saya sangat yakin rakyat Kelantan sentiasa terbuka pemikiran mereka & akan melakukan perubahan diluar jangkaan mana-mana pihak. Kita akan melakar sejarah membentuk Kerajaan bukan hanya untuk Negeri Kelantan. Tetapi untuk Maysia selepas 60 tahun merdeka di bawah pemerintahan UMNO & Barisan Nasional.

"Masha Allah, segala sesuatu adalah dgn kehendak Allah. Tidak ada kekuatan melainkan dri Allah"

Dengan kata-kata itu sy berserah pada Allah Taala agar memberikan panduan, memberikan ketenangan, memberikan pembukaan & kejayaan apa yg dicita-cita oleh rakyat iaitu perubahan di peringkat Kelantan & Malaysia.

Husam Musa
Ucapan sempena Majlis Isytihar Calon Pakatan Harapan Kelantan.

SENARAI CALON PARLIMEN DAN DUN PRU14 PAKATAN HARAPAN  KELANTAN

*P019 TUMPAT*
- Nordin Salleh (Bersatu)     

N01 PENGKALAN KUBOR
- Wan Rosdi Mat Rasik (PKR) 

N02 KELABORAN
-Nik Faizah Nik Othman (Amanah)

N03 PASIR PEKAN
- Wan Mohd Johari Wan Omar (Amanah)

N04 WAKAF BHARU
- Mohd Khir Zahari Abdul Ghani (Amanah) 


*P020 PENGKALAN CHEPA*
- Mohamad Ibrahim  (Amanah)

N04 KIJANG
-Nasruddin Abdullah (Bersatu) 

N06 CHEMPAKA
- Mohammad Omar (Amanah) 

 N07 PANCHOR
- Mohd Zulhazmi Hassan (Amanah)


*P021 KOTA BHARU*
-Husam Musa (Amanah)

N08 TANJONG MAS
-Hapidzah Mustakim (Amanah)

N09 KOTA LAMA
- Ab Rashid Ab Rahman (Bersatu)

N10 BUNUT PAYONG
- Sanusi Othman (Amanah)


*P022 PASIR MAS*
- Che Ujang Che Daud (PKR)     

N11 TENDONG
- Wan Mohd Zulkhairi  Wan Mohd Zin (Bersatu) 

N12 PENGKALAN PASIR
- Shakrani Mohd Naim (Amanah)   

N13 MERANTI
-Ali Abdul Rahman Hassan i (Amanah)     


*P023 RANTAU PANJANG*
- Wan Shah Jihan Wan Din (Amanah)

N14 CHETOK
- Romizu Ali (Amanah)   

 N15 GUAL PERIOK
-  Mohd Ridzuan Mohamad (Amanah)

N16 APAM PUTRA
- Mohd Hisyamuddin Ghazali (Amanah)

*P024 KUBANG KERIAN*
- Wan Abdul Halim Yusof (Amanah)

N17 SALOR
- Husam Musa (Amanah)

N18 PASIR TUMBOH
- Mohd Noor Mat Yajid (Amanah)

N19 DEMIT
- Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah (Amanah)


*P025 BACHOK
- Zulkifli Zakaria (Bersatu) 

N20 TAWANG
-Mohd Azihan Che Seman (PKR)

N21 PANTAI IRAMA
- Ismail Ghani (Amanahh)   

N22 JELAWAT
- Mohd Fahmi Zakaria


*P026 KETEREH*
- Mohd Radzi Jidin (Bersatu)

N23 MELOR
- AbAziz Ab Kadir (PKR)

N24 KADOK
- Che Ibrahim Mohamed (Amanah)

N25 KOK LANAS
-   Mohd Hanapi Ismail (Bersatu)       


*P027 TANAH MERAH*
- Mohd Fauzi Zakaria

N26 BUKIT PANAU
- Hisyam Fauzi (Amanah)   

N27 GUAL IPOH
- Mohd Soba Hussin (Amanah) 

N28 KEMAHANG
-   Bahari Mohd Noor (Bersatu) 


*P028 PASIR PUTEH*
-   Kamaruddin Md Noor (Bersatu)       

N29 SELISING
- Ismail Mohamad (PKR)     

N30 SEMERAK
- Zarir Yaakob (Amanah)

N31 LIMBONGAN
- Zuhdi Wan Omar (Bersatu)

N32 GAAL
-     Abdul Rahman Yakob (Bersatu)     


*P029 MACHANG*
-   Sazmi  Miah (Bersatu)
     
N33 PULAI CHONDONG
-      Abdul Halim Abdul Kadir (Bersatu)   

N34 TEMANGAN
- Redzuan Alias (PKR)       

N35 KEMUNING
-  Abdul Kadir Othman (Amanah)


*P030 JELI*
-  Azran Deraman (Bersatu)       

N36 BUKIT BUNGA
-Asran Alias (Bersatu)

N37 AIR LANAS
- Aminuddin Yaacob (Bersatu) 

N38 KUALA BALAH
- Hafidz Rizal Amran (PKR)       


*P031 KUALA KRAI*
- Mohd Yazid Abdullah  (Amanah)

N39 MENGKEBANG
- Wan Azlan Ahmad (Bersatu)

N40 GUCHIL
- Mohd Roslan Puteh (PKR) 

N41 MANEK URAI
- Mohamed Dahan Mat Ali (Amanah)

N42 DABONG
- Wan Ahamad Fadzil Wan Omar (Amanah)


*P031 GUA MUSANG*
- Mohd Nor Hussin (Bersatu)

N43 NENGGIRI
- Mohd Othman Yusof (PKR)

N44 PALOH
-Noraini Husain (PKR)

N45 GALAS
-Nasir Dollah (Bersatu)

Post a Comment

0 Comments