DrMaza - Siti Kasim Keliru Sistem Demokrasi - BANkami

Monday, May 21, 2018

DrMaza - Siti Kasim Keliru Sistem Demokrasi


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas peguam dan aktivis hak asasi manusia, Siti Kasim yang didakwa keliru dalam memahami sistem demokrasi khususnya dalam urusan pelantikan menteri Kabinet.

Mohd Asri yang juga dikenali sebagai Dr Maza berkata, tindakan Siti Kasim mempertikaikan pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan dengan melabel Ahli Parlimen Simpang Renggam itu sebagai 'Islamist' sekadar memenuhi keinginan peribadi.
"Orang seperti Siti Kasim ini tak perlu sangat diberikan perhatian. Dalam suasana politik hari ini, hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia tidak membantah pelantikan Maszlee sebagai Menteri Pendidikan.
"Isunya ialah apabila Siti Kasim menggelar Maszlee sebagai orang yang 'Islamist' sehingga tidak layak memegang jawatan sebagai seorang menteri kerana dibimbangi menggugat sistem pendidikan negara.
"Saya pun tak faham apa pegangan demokrasi orang seperti dia (Siti Kasim), hanya memperjuangkan hak untuk dirinya sendiri sahaja, bukan hak orang lain," katanya ketika ditemui di Masjid Al-Hussein di sini, selepas pelancaran Buku Himpunan Tazkirah Ramadan, hari ini.
Mohd Asri menyifatkan tindakan mempertikaikan latar belakang Maszlee sebagai seorang agamawan sebagai tidak wajar.
"Kenapa latar belakangnya (Maszlee) yang Islamik menjadi isu, sedangkan beliau bersama-sama dengan rakyat dalam gerakan parti politiknya mengubah hala tuju sistem pentadbiran negara ke arah yang lebih baik.
"Dia seakan tidak selesa dengan latar belakang orang yang Islamik memegang sesuatu jawatan penting dalam negara, namun bagaimana satu ketika nanti umum menyatakan ketidakselesaan dengan pegangan orang sepertinya (Siti Kasim).
"Jika betul ingin memperjuangkan hak, kita bukan membincangkan latar belakang seseorang itu tetapi kita mengkritik idea atau cadangan yang dibawanya dalam sistem pentadbiran," katanya.
Sementara itu, Mohd Asri berkata, status Maszlee sebagai Ahli Majlis Fatwa negeri Perlis turut dipertimbangkan berikutan pelantikan dalam Jemaah Menteri.
"Berkemungkinan Maszlee tidak lagi akan menjadi Ahli Majlis Fatwa negeri ini memandangkan statusnya kini sebagai seorang menteri Kabinet.
"Bagaimanapun, ia hanya diketahui selepas diputuskan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail nanti," katanya.
Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Siti Kasim membantah pelantikan Maszlee sebagai Menteri Pendidikan berikutan latar belakang yang 'Islamist' dan seorang muslim yang progresif.

Siti Kasim menyuarakan kebimbangan pelantikan Maszlee itu akan membuatkan sistem pendidikan dalam negara ini akan cenderung ke arah pendidikan yang dipengaruhi agama.

Sumber : BH

2 comments:

  1. bila nak meniggal pompuan sorangnih.... rosak umat kalau ikutkan dia ni

    ReplyDelete
  2. hilang kasim ahmad diganti siti kasim.

    benar tk perlu dilayan dia ni. bukan ada kapasiti apa pun dlm Negara.

    menjadi alergik dgn setiap yg berbau islam.

    dendam terhadap pengalaman hidup masa lampau tp islam dijadikan mangsa.

    tiada siapa yg akan rugi selain diri sendiri.

    kita nk tanya bagaimana pandangan akidah siti terhadap kematian, alam barzah dan alam akhirat.

    dan sebagai peguam beliau perlu declare wasiat dikuburan manakah dia patut dikebumikan. kita tk mahu umat islam jd serba salah. bila dia mati kita yg hidup bertelagah nk cari fatwa mana nk letak badan montelnya tu.

    sila siti tinggalkan wasiat kuburan utk mu.

    ReplyDelete