Emosi Tidak Stabil, Cubaan Halang Mahathir Melawa Pusara TGNA ?


Kalah dengan permainan politik mahathir sehingga menampakkan mereka begitu terdesak sehingga menyekat mahathir daripada melawat pusara. Jika mereka bertindak bijak sebagai seorang anak kepada pemimpin yang disegani, mereka akan menyediakan segala kemudahan supaya memudahkan dan memastikan segalanya berjalan lancar. Akhirnya netizen akan melihat profesional pemimpin PAS dalam menangani permainan politik.

Tetapi itu tidak berlaku, walaupun mereka bergegar menyebarkan PAS adalah parti bertunjangkan islam. Mereka lemah dalam menangani politik malah mengikut emosi yang tidak kemana dan hanya menunjukkan kelemahan.

Yang bersama mahathir adalah nik omar yang juga anak kepada TGNA.

Lawatan pusara politik, Sekatan pusara politik.

Tiada beza yang menyekat dengan yang ini melawat.

Seorang anak allahyarham mursyidul am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi ini berkumpul bersama penyokong di pusara ayahandanya di Kota Bharu bagi menghalang lawatan Dr Mahathir Mohamad.
Nik Adli ketika ditemui Malaysiakini berkata, beliau mewakili pihak keluarga tidak mengizinkan ziarah pemimpin tersebut.
"Ya keluarga tak izinkan, kalau beliau nak datang boleh datang selepas pilihan raya umum.
"Kita nampak ada kepentingan, kalau nak datang, datang selepas pilihan raya walaupun kalah atau menang, " katanya.
Kelihatan juga seorang lelaki mengunci tanah perkuburan di Pulau Melaka itu. Sebuah lori juga diletakkan di depan pintu pagarnya.
Setakat laporan itu ditulis, Mahathir belum tiba.
Semalam Mahathir telah menziarahi kubur bekas presiden PAS, allahyarham Datuk Fadzil Noor,
Dr Mahathir dijadualkan hadi ke dua program lain di Kelantan, hari ini iaitu program Santai Bersama Tun M di Kok Lanas, di parlimen Ketereh dan Tun M Bersama Rakyat di Kampung Cherang, Kota Bharu.
Sumber : Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments