Politik Kaut Untung "Taska/Tadika",


Mereka masih kecil untuk memahami apakah itu politik, apakah itu bendera biru, bendera hijau dan pelbagai jenis bendera. Tetapi mereka dipergunakan atas pelbagai alasan untuk menyatukan ibubapa bersama politician dengan mengibarkan bendera politik masing-masing.

Tidak kurang juga dengan beberapa pihak lain yang cuba mengaut keuntungan berlipat ganda dengan menubuhkan tadika atau taska atau pusat penjagaan dengan mengenakan bayaran yang tinggi. Tetapi isu kanak-kanak mati, didera di tadika, taska dan penjaga terus berlaku.

#MalaysiaBaru sepatutnya mengubah dan menyatukan mereka dibawah satu induk kawalan bermula dari pusat penjagaan sehinggalah kepada tadika. Perundangan baru wajib diperuntukkan supaya setiap pusat asuhan, penjagaan, taska dan tadika swasta menghantar setiap pelaporan apa yang diberikan, diajar, diasuh dan siapakah pekerja mereka. Adakah pekerja mereka lulus ujian psikologi.

#MalaysiaBaru perlu melihat samada tenaga pengajar perlu disediakan oleh pihak kerajaan kepada semua pusat asuhan, penjagaan, taska dan tadika. Secara tak langsung mereka menerima gaji tetap dan mendapat faedah seperti penjawat awam samada sementara ataupun kontrak.

#MalaysiaBaru tiba masanya untuk kita melihat satu kawalan induk dijalankan kepada semua pengusaha supaya segala kelengkapan dan kemudahan untuk si kecil terjaga dan terpelihara.

Post a Comment

0 Comments