17 Perkara Sidang Media Mesyuarat Kabinet 6 Jun 2018



1. Parlimen akan bersidang kali pertama pada 16 Julai 2018 selama 20 hari. Kami akan bincang pemansuhan beberapa undang-undang termasuk Akta Anti Berita Tidak Benar, GST dan pindaan beberapa undang-undang lain

2. Peruntukan RM200,000 akan disalurkan kepada ahli Parlimen dan RM150,000 kepada pusat khidmat akan disalurkan sebelum Aidilfitri

3. Peruntukan RM100,000 kepada Ahli Parlimen pembangkang

4. Kerajaan berpendapat Bahasa Inggeris penting dan perlu dikuasai pegawai tinggi kerajaan serta ujian kompetensi akan dilaksanakan.

5. Akta Antiberita Tidak Benar 2018 akan dihapuskan

6. Gabenor BNM telah menyerahkan surat peletakan jawatan, namun kabinet belum membuat keputusan siapa pengganti

7. Syarat2 pinjaman bank yang ketat akan dikaji semula untuk bantu usahawan kecil selain memberi kelonggaran pinjaman kepada golongan muda memiliki rumah pertama

8. Bantuan Sara Hidup akan dikaji semula

9. Ambrin Buang dilantik sebagai pengerusi JK Khas siasatan tadbir urus kerajaan bermula dengan Kementerian Pertahanan

10. Pemberian wang untuk dapatkan sokongan rakyat adalah satu bentuk rasuah dan perlu dihentikan

11. KPDNKK akan melaksanakan skim pemantauan harga sempena Hari Raya Aidilfitri pada 8-22 Jun untuk 22 jenis barang kawalan

12. MH17: Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Luar akan ambil tindakan susulan

13. Pegawai MOF dan SPRM akan ke China untuk kaji semula perjanjian pembinaan dua saluran paip minyak yang dibayar bukan berdasarkan kerja disiapkan, tetapi berdasarkan masa

14. JK Khas Kabinet masyarakat India akan diadakan dalam masa terdekat untuk tangani isu berkaitan masyarakat India

15. Elaun keraian bagi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A ke atas dipotong 10 peratus berkuatkuasa Julai 2018

16. Akan selesaikan pelantikan Menteri Kabinet termasuk Menteri Luar minggu depan

17. Projek ECRL akan dikaji sama akan diteruskan atau ditamatkan

Post a Comment

0 Comments