
Jutawan Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low akan menghubungi penyiasat Malaysia berhubung kes melibatkan SRC International yang merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata jurucakapnya.
Jho Low memberi jaminan itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengeluarkan notis agar beliau tampil membantu siasatan.
“Melalui laporan media bertarikh 7 Jun 2018 (hari ini), Low difahamkan bahawa SPRM meminta bantuan beliau. Susulan itu, Low dengan segera mengarahkan peguamnya untuk menghubungi SPRM hari ini berhubung penyaluran bantuan tersebut,” kenyataan itu dipetik.
Sumber : MI
0 Comments