Adam Rayqal - Tindakan Sebak Seorang Ibu... Tenanglah Disyurga Sayang..


"Ibu Adam tidak mahu naik ambulans, beliau hendak pangku sendiri anaknya sepanjang perjalanan daripada Kuala Lumpur hingga ke Kuala Terengganu."

Demikian menurut Nadia Mohd Fauzi, kakak ipar kepada Farrah Madihah Othman iaitu ibu Adam Rayqal Mohd Sufi, bayi berusia lima bulan yang ditemukan mati di rumah pengasuh di Taman Nahkoda, Batu Caves, Selangor.

Farrah Madihah menaiki kereta sendiri dengan ditemani suaminya Mohd Sufi Naief Mohd Fauzi beredar dari Kuala Lumpur kira-kira 3 petang tadi dan mengambil masa kira-kira enam jam untuk tiba di Kuala Terengganu.

Menurut Nadia, sepanjang perjalanan itu rangkulan terakhir akan menjadi kenangan abadi Farrah Madihah apatah lagi Adam ialah anak pertama pasangan itu.

"Farrah tidak mahu menaiki ambulans kerana mahu mendakap anaknya lama-lama buat kali terakhir. Menurut ibu, dia (Farrah) masih trauma tetapi dapat menerima kehilangan anaknya," katanya ketika ditemui Bernama di Chendering di sini, hari ini.

Semua anggota keluarga masih terkejut dan trauma dengan pemergian Adam Rayqal kerana arwah adalah cucu pertama dalam keluarga mereka, katanya.

Arwah Adam Rayqal begitu disayangi oleh semua anggota keluarganya kerana kehadirannya menceriakan suasana rumah yang sudah lama tidak kedengaran suara anak kecil.

"Sepanjang Ramadan lalu Adam Rayqal tinggal bersama kami dan dia menceriakan suasana rumah. Kami semua bergilir menjaganya dan adakala keluarga Farrah akan datang menjenguknya di rumah kami.

Sumber : MK

Post a Comment

0 Comments