Apabila Islam Digunakan PAS Hasut Melayu..


Jika dulu umno sibuk mempolitikkan bangsa melayu akan terbangsat jika BN kalah pada pilihanraya. Dan sekarang rakyat mahu melihat sejauh mana terbangsatnya melayu dalam tempoh 5 tahun ini. Adakah benar tohmahan umno ataupun sekadar retorik politik bangsa.

Pas dulunya asyik dengan dakyah mahu menyuburkan institusi perundangan islam malahan mahu mengangkat islam dari segala aspek. Namun akhirnya PAS sendiri terjerumus dengan pemikiran sempit bangsa. Apakah dengan menyatakan melayu islam maka bangsa lain yang beragama islam akan lebih gembira. Apakah dengan kenyataan ini pas berjaya menarik bangsa lain untuk lebih mengenal dan mencintai islam. Kenapa bangsa lain yang berugama islam tidak diangkat oleh pas. Apakah pas sebenarnya juga adalah hanya politik bangsa bertopengkan jenama islam.

Hanya kerana perlantikan 3 serangkai perundangan malaysia, PAS memulakan politik murahan dengan mengjangkakan islam akan layu. Apakah ahli parlimen sekarang hanya dipelopori oleh bukan islam. Kita cuba menuju ke arah negara baru dengan pemikiran matang. Tetapi PAS memilih melihat sejarah lampau yang cuba diterbitkan.

Baca details di>> harakah

Post a Comment

0 Comments