Eh Jib, Ko Memang Suka Main Tarik-Tarik Ye ?


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menarik balik tiga saman yang difailkannya bulan lalu terhadap Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Bukit Aman Datuk Amar Singh.

Penarikan saman berkenaan dibuat peguam Badrul Hisham Abdullah yang mewakili Najib di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, sebab-sebab penarikan balik saman itu tidak dijelaskan.

Peguam kanan persekutuan Alice Yoke dan Suzana Atan yang mewakili tiga pegawai kerajaan yang disaman Najib itu memberitahu pemberita mengenai penarikan saman tersebut.

"Tiada perintah berhubung kos," kata Loke.

Pada 30 Jun lalu, Najib memohon mahkamah untuk membatalkan Thomas daripada mengetuai pendakwaan terhadapnya. Hal ini berikutan sebuah tulisan Thomas, terbit di Malaysiakini mengenai 1MDB ketika Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman untuk melucutkan hak aset syarikat itu.

Sumber : MK

Post a Comment

0 Comments