Harga Barang Tidak Turun! Giliran Najib Bidas Kerajaan


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata harga barangan dilihat kekal kerana penurunan harga hanya bermula dari 0.04 hingga 13 peratus dan melibatkan 70 peratus daripada 417 barangan basah, kering, keperluan bayi dan lain-lain.

Saifuddin juga berkata harga makanan dan minuman turun di premis restoran makanan segera, namun tidak di restoran ‘mamak’, yang malah ada yang menaikkan harga.

Beliau berkata kementerian memberi nasihat dan amaran sebelum tindakan undang-undang diambil.


NAJIB BIMBANG ?

Dalam kenyataan di Facebook hari ini, Najib berkata beliau bimbang apabila cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula dan diperluas September nanti, harga barang akan naik lebih tinggi.

Ini, katanya, memandangkan harga barang tidak turun selepas GST disifarkan.

“Inilah bahaya apabila sistem cukai diubah sesuka hati dan BN pernah memberi amaran sebelum PRU14 mengenai ini,” katanya.

Beliau berharap harap kerajaan akan buat sesuatu untuk memastikan kebimbangan itu tidak menjadi kenyataan.

Sumber : MK

Post a Comment

0 Comments