Masjib Kristal Akan Dijadikan Pusat Tahfiz ?


Ketika pelbagai tekanan dibuat pihak tertentu termasuk bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin agar kerajaan menutup semua sekolah tahfiz yang didakwanya tidak memberi masa depan kepada generasi baru umat Islam, lain pula pendirian kerajaan Terengganu.

Terbaharu kerajaan negeri memaklumkan kesediannya membuka sebuah pusat Tahfiz di kawasan Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman berkata pembukaan pusat Tahfiz di situ antara perkara yang boleh dipertimbangkan sebagai satu cara untuk menghidupkan lagi persekitaran Masjid Kristal di samping ia kekal sebagai kawasan tarikan pelancongan yang boleh dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat.

Cadangan untuk jadikan kawasan Taman Taman Islam di kawasan Masjid Kristal sebagai pusat Tahfiz kami sokong. Tanah sekitar kawasan itu luas, antaranya kita boleh wujudkan tahfiz, kita tak kata mesti dibuat tahfiz, tapi kita terima cadangan itu.
Kami akan mengkaji. Tidak mustahil kita akan buat tahfiz, pembinaan penempatan itu dalam perancangan kita.

Memandangkan kawasan Masjid Kristal agak jauh dengan petempatan orang ramai, Ariffin tidak menolak sekiranya kerajaan negeri membina petempatan baru di kawasan itu, termasuklah membina chalet bagi memudahkan pelancong menginap.

“Tidak mustahil juga kita adakan petempatan, kita bina chalet untuk pelancong. Itu dalam perancangan kita,” katanya.

Cadangan supaya kawasan Masjid Kristal dijadikan Pusat Tahfiz Diraja turut disuarakan veteran PAS, Subky Abdul Latif.

Sumber : FMT

Post a Comment

0 Comments