PAS Confuse Identity Melihat PRK Sungai Kandis


Sebenarnya apa masalah PAS berdepan dengan PRK sungai kandis. PAS lebih mesra memilih untuk berada ditepi dan melontar batu secara sembrono menunjukkan pejuang islam takut masuk. Tetapi memilih untuk mengumpat di tepian. Pelbagai tohmahan dilontar hinggakan berterusan fitnah kerajaan mahu menutup tahfiz dan akan mengiktiraf golongan LGBT. Dalam masa yang sama, PAS takut untuk berdepan calon PKR yang seorang Pengetua Tahfiz.

Memperjuangkan islam dan dalam masa sama memprotes calon islam itu sendiri. Itulah gaya PAS yang tidak pernah berubah. Mereka gugup untuk bertanding tetapi hanya pandai berkata-kata. Merujuk pada statement takiyuddin dibawah. Adakah bermakna memilih calon PKR yang seorang pengetua tahfiz adalah bukan memilih pemimpin islam. Pelik tapi benar, itulah PAS yang semakin hari "Confuse Identity"
"Sehubungan dengan itu, ahli-ahli PAS di Sungai Kandis diarahkan membuat pilihan berpandukan pertimbangan yang wajar demi kepentingan Islam-Melayu serta masa depan negara dengan mengambil kira sikap PAS terhadap kerajaan baru Pakatan Harapan adalah kekal sebagaimana sebelum PRU14 lalu," katanya dalam suatu kenyataan hari ini. - Malaysiakini

Kenali Calon PKR :

Pengetua Maahad Tahfiz, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, dipilih sebagai calon PKR untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 4 Ogos ini. Mstar
Mohd Zawawi yang berkelulusan Sarjana Muda (Bahasa Arab) dari Universiti Al Azhar, Mesir, pada 1995 dan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Malaya pada 2005, sudah terbabit dengan politik sejak zaman Reformasi lagi - BH

Post a Comment

0 Comments