Penjelasan Majlis Agama Islam Narathiwat - Kanak2 11 Tahun Berkahwin


Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata Majlis Agama Islam Narathiwat tidak tahu seorang lelaki dari Kelantan akan berkahwin dengan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Thailand kerana tiada permohonan dikemukakan kepada mereka.

Wakil rakyat PAS itu berkata demikian susulan pertemuannya dengan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Baba Syafie di wilayah selatan negara itu, kelmarin.

“Mereka baru terima maklumat itu dan sebelum ini tidak ada sebarang permohonan melalui Majlis Agama Islam Thailand, bermakna mereka berkahwin secara ‘illegal’ tanpa melalui proses undang-undang Thailand, jadi perkahwinan itu melanggar undang-undang Thailand.
“Berdasarkan pertemuan kami, Thailand tidak membenarkan (rakyatnya) berkahwin pada usia 11 tahun. Mereka kata kalau mendapat maklumat itu (lebih awal), mereka halau (halang perkahwinan itu), memang undang-undang Thailand tegas,”

Beliau mengulas perkahwinan Che Abdul Karim Che Abdul Hamid, 41, dan Masaryu Mat Rashid sebagai isteri ke-3 di Sungai Golok, pada 18 Jun lalu.

Peraih getah sekerap dari Gua Musang itu mengakui sebelum bernikah dengan isteri ketiganya, beliau terlebih dahulu meminta kebenaran ibu bapa kanak-kanak itu dengan syarat mereka nikah gantung dahulu dan akan tunggu 5 tahun untuk tinggal bersama.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff (kanan) mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Majlis Agama Islam Narathiwat, Baba Syafie di Narathiwat, kelmarin. (Gambar Facebook)

Semalam, Majlis Agama Islam Narathiwat mendapati pernikahan pasangan itu dilakukan seorang imam di Kampung Padang Nyor, Mukim Munok, Sungai Golok di Narathiwat, tanpa kebenaran pihak berkuasa agama wilayah itu.

Bernama melaporkan sehingga semalam, perkahwinan itu belum didaftarkan dengan Majlis Agama Islam Narathiwat.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Karim disiasat di bawah elemen antun atau “sexual grooming” di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan kerajaan menganggap pasangan itu tidak berkahwin selagi tiada bukti dikemukakan.


Perkahwinan haram

Zailah yang juga ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan berkata, pihak berkuasa agama negara itu memberitahunya perkahwinan berkenaan sah dari segi hukum Islam, tetapi ia melanggar undang-undang Thailand dan Malaysia yang melarang perkahwinan di bawah 18 tahun.

“Dari sudut (agama Islam), perkahwinan itu mengikut pandangan Baba Syafie sah sebab bapa kanak-kanak itu sendiri mewalikan kanak-kanak itu, cuma ia melanggar undang-undang negara tersebut sebab bapanya sendiri akad nikah.”

Di Malaysia, mengikut Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuasakan di semua negeri, usia minimum bagi lelaki berkahwin ialah 18 tahun dan 16 tahun bagi perempuan. Sekiranya mereka di bawah umur, perkahwinan hanya dibenarkan dengan kebenaran mahkamah dan persetujuan ibu bapa mereka.

Bagi orang bukan Islam, mengikut Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164), usia minimum perkahwinan adalah 18 tahun. Andainya pasangan itu berusia antara 16 hingga 18 tahun, mereka perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ketua menteri dan mahkamah.


Bapa terbabit aktiviti negatif?

Sementara itu, Zailah mendakwa berdasarkan maklumat diperolehinya, bapa kanak-kanak itu dikatakan terbabit dalam aktiviti negatif.

Katanya, beliau dimaklumkan keluarga kanak-kanak itu bermasalah, tetapi tidak mempunyai butiran terperinci.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan Kelantan menentang keras sebarang penganiayaan terhadap kanak-kanak, termasuklah perkahwinan bawah umur dan kes itu akan disiasat pihak berkuasa kedua-dua negara.

“Kita serah kepada pihak berkuasa Thailand sebab pihak perempuan dan keluarganya adalah warga Thailand, jadi mereka sedang melakukan siasatan dan Majlis Agama Islam (dan Adat Istiadat Melayu) Kelantan akan siasat suami kanak-kanak itu, warga Malaysia yang tinggal di Gua Musang.”

Exco Kelantan, Mumtaz Md Nawi mewakili kerajaan negeri melawat Masaryu Mat Rashid di rumah keluarganya, kelmarin. (Gambar Facebook)

Zailah berkata, beliau sudah memaklumkan pertemuan kelmarin kepada kerajaan negeri dan exco berkaitan.

“Kes ini bila saya teliti, dua-dua pihak melanggar undang-undang, pihak lelaki langgar undang-undang Kelantan dan keluarga kanak-kanak perempuan itu langgar undang-undang Thailand.”

Exco Kelantan, Mumtaz Md Nawi berkata, pihaknya sudah menemui kanak-kanak itu dan keluarganya, kelmarin.

Beliau menggesa keluarga kanak-kanak serta lelaki itu mendapatkan nasihat pihak berkuasa agama Thailand mengenai perkahwinan mereka dan menghadiri perbicaraan mengikut undang-undang syarak di Kelantan.

Sumber : FMT

Post a Comment

1 Comments

  1. DR YAKAYA SPELL ADALAH SPELL TERBAIK SAHAJA SEPERTI UNTUK MENGGUNAKAN MEMBAWA KEMBALI KE ATAS KELUARNYA. KAMI TAHU ADA ADALAH SEMASA BERBAGAI BAHAWA KAMI TIDAK PERMINTAAN UNTUK MEREKA UNTUK MUNGKIN TETAPI TIDAK BOLEH MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN KAMU TIDAK MUNGKIN MENCINTAI KANAN SAMA ANDA MENCINTAI ATAU HER, BAGAIMANA HANYA MUNGKIN HANYA MEMUTUSKAN UNTUK BERJALAN DENGAN ANDA BAGAIMANA MEREKA TIDAK BERLAKU CINTA ANDA MEMILIKI UNTUK SAYA ATAU ANDA MUNGKIN MEMILIKI SELURUH RAHASIA YANG MEMERLUKAN BAHAWA YANG MEMANGKAN KE BREAK ATAU BULAN BEBERAPA BULAN ATAU TAHUN, BAGAIMANA ANDA PERLU MEMBANTU BELUM MENDAPATKAN ATAU KEMBALIYA HANYA HUBUNGI DR YAKAYA VIA EMAIL ALAMAT YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGILAN HANYA NAMA NAMA ITU +2347050270227 UNTUK MEMBANTU ANDA

    ReplyDelete