Rafizi - Pembangkang PasUmno Susah Faham Kerana Obses Manifesto

Kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM1.384 bilion antara 10 Mei hingga 16 Julai untuk menstabilkan harga petrol RON95, kata naib presiden PKR Rafizi Ramli hari ini.

Menulis di blognya, beliau berkata ini bermakna subsidi yang diberikan adalah antara 17 sen hingga 30 sen per liter bagi mengekalkan harga RM2.20 seliter.

Jika tidak, katanya lagi, harga mingguan bagi RON95 akan meningkat untuk enam minggu dan jatuh lima minggu sejak PRU ke-14 pada 9 Mei lalu, dengan harga boleh mencecah setinggi RM2.50 seliter.

Menggunakan data yang dapat diperoleh secara awam, beliau menganggarkan harga minggu ini tanpa subsidi adalah RM2.44 seliter.

Beliau berkata hasil kerajaan juga meningkat sebanyak RM1.77 bilion pada tempoh sama, iaitu sejak 67 hari diambil alih Pakatan Harapan (HARAPAN).

Ini ekoran kenaikan harga minyak mentah kepada lebih AS$50 setong - harga yang digunakan untuk merangka Bajet 2018, yang membawa kepada peningkatan royalti, cukai, duti dan kutipan lain.

Harga minyak mentah Brent semasa adalah AS$73.10 setong.

Rafizi berkata, ini bermakna 78 peratus daripada lebihan perolehan kerajaan daripada kenaikan harga minyak mentah telah dikembalikan kepada rakyat.

"Saya berpuas hati kerana pentadbiran HARAPAN kekal dengan dasar ekonomi pro-rakyat yang telah kami bawa sejak dulu," katanya lagi.

Hairan dengan pembangkang

Beliau berkata, tujuannya menulis soal itu di blognya kerana penyokong Umno dan PAS sentiasa menggesanya menghentam kerajaan kerana menurut mereka gagal menunaikan janji menurunkan harga petrol.

Saya ingat pemimpin Umno dan PAS akan menutup mulut kerana mereka tahu prestasi HARAPAN dalam menstabilkan harga petrol adalah lebih baik daripada jangkaan mereka.
 Masalahnya tidak mudah untuk menyekolahkan penyokong Umno dan PAS yang obses dengan janji manifesto dalam bayangan mereka," katanya lagi.

Beliau juga menyuarakan kehairanannya kerana gesaan itu - untuknya menegur kerajaan - seperti menandakan parti pembangkang tidak yakin dengan kebolehan sendiri untuk memperjuangkan kepentingan rakyat.

Sumber : MK
Rafizi - Pembangkang PasUmno Susah Faham Kerana Obses Manifesto Rafizi - Pembangkang PasUmno Susah Faham Kerana Obses Manifesto Reviewed by Mat Ozil on July 16, 2018 Rating: 5

No comments: