Apa Pegawai Penyiasat Buat!? 6 Bulan Siasat Kes Kematian Abu Zea... Tiada Jawapan!


Sekumpulan ibu bapa malang mendakwa pihak berkuasa tidak serius menjalankan siasatan terhadap kes kematian serta kecederaan bayi dan kanak-kanak di tangan pengasuh.

Lima pasangan suami isteri hari ini tampil membuat dakwaan itu dalam sidang media bersama Persatuan pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kuala Lumpur, kira-kira dua minggu selepas kematian tragis Adam Rayqal yang mayatnya ditemui dalam peti ais.

Daripada lima pasangan itu, tiga daripada mereka kematian anak semasa jagaan pengasuh manakala dua lagi kes melibatkan kecacatan seumur hidup.

Kesemua mereka telah membuat laporan polis dan mendakwa aduan-aduan itu tidak ditangani secara serius.

Bila polis dah buat siasatan, saya pun selalu telefon pegawai penyiasat itu namun dia kata tak perlu selalu telefon dan mereka akan maklumkan pada saya.
Tapi sampai awal bulan 7 (Julai) tak ada perkembangan. Macam-macam alasan pegawai penyiasat beri bila saya hubungi. Dia kata tak boleh bercakap sebab tak ada suaralah, tak sihatlah.
Sehingga sekarang saya masih tidak tahu status siasatan dan tidak dibenarkan baca laporan daripada Pejabat Pendakwa Raya. Alasannya, ia adalah sulit, kata Abu Nain Umar ketika ditemui Malaysiakini.

Abu Nain, 29, juga mendakwa tidak dimaklumkan sama ada pengasuh anaknya itu telah disoal siasat atau tidak, selain tiada tangkapan dibuat.

Anak sulung Abu Nain Abu Zea Ophelia meninggal dunia pada 4 Januri lalu ketika umur tujuh bulan.

Hasil bedah siasat mendapati Abu Zea Ophelia mengalami keretakan di kepala sepanjang 8 sentimeter akibat hentakan terhadap objek tumpul.

Abu Nain memberitahu, sebelum anaknya dihantar ke pengasuh, Abu Zea masih lagi elok seperti bayi biasa.

Namun pada 29 Disember, beliau menerima panggilan daripada pengasuh bahawa si kecil itu berada di zon merah Hospital Shah Alam.

Hati bapa mana yang tidak luluh melihat anak kesayangan terbaring di wad kecemasan. Beliau membuat laporan polis pada hari yang sama.

Selepas beberapa minggu terlantar, Abu Zea kemudian meninggal dunia.

Bagaimanapun, apa yang menyedihkan, sebagai bapa, Abu Nain mendakwa tidak mengetahui status siasatan polis terhadap kematian anaknya selama kira-kira hampir enam bulan.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi polis berkaitan dakwaan ini.

Sumber  : MK

Post a Comment

1 Comments

  1. Gila.. Siasat sampai 6 bulan... Tunggu postmotem dari hospital kot...

    ReplyDelete