UEC Perlekeh Kertas Peperiksaan Sejarah Malaysia ?


Pentingkah UEC dan sejauh mana penerapan UEC mampu melonjak taraf pendidikan negara. Adakah isu UEC adalah terbaru, sebenarnya dalam thestar pada tahun 2015 telag menyatakan berkaitan dengan UEC. Merujuk kepada statement tersebut banyak university terkemuka dunia seperti oxford dan havard menerima sijil UEC.

Australia juga dikatakan salah satu negara yang menerima sijil UEC selain daripada taiwan dan singapore.

Dimalaysia, UEC dipersoalkan kerana pensijilan SPM dan STPM malaysia juga berada pada tahap yang tinggi dan malaysia juga mengiktiraf sijil A level.

Apabila malaysia baru cuba untuk adaptasi pensijilan UEC, perkara tersebut mendapat banyak tentangan kerana isu perkauman di malaysia dilihat semakin ketara. Rakyat meminta kerajaan baru supaya menyatukan sekolah kepada satu tanpa membezakan bahasa ibunda. Dan terdapat juga idea supaya tahfiz juga dimasukkan sebagai aliran utama pendidikan negara. Hasilnya, kesemua gagal dilaksanakan dan pengiktirafan UEC semakin dipolitikkan.

Kementerian juga harus jelas dari sudut pengambilan pelajar memasuki ipta mengikut pensijilan sekiranya UEC diiktiraf. Berapakah peruntukan yang akan diberikan kepada pelajar UEC dan bagaimana pula bagi pelajar SPM.

Pelajaran mencorak masa depan, sekiranya ia gagal diterjemahkan untukasa hadapan, kita akan menanggung akibat.

Post a Comment

0 Comments