Twitter DrMAZA

Tidak dinafikan untuk membetulkan keburukan, kekusutan, kekacauan dan pelbagai lagi ketidakadilan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu bukan sesuatu yang mudah. Rakyat memahami. Tetapi jika kehadiran dalam dewan rakyat dan masuk lambat adalah sesuatu yang tidak boleh difahami dan diterima rakyat.

Rakyat mahukan perubahan yang menyatukan semangat malaysia, tetapi rakyat dihidangkan dengan UEC, persoalan kenapa peruntukan kepada sekolah cina persendirian tidak disalurkan dan sekolah tahfiz diperkotak katik oleh semua politician untuk cuba dapatkan saham seolah merekalah pembela agama.

Isu zakir naik, semua menteri sedia maklum pengaruh dr zakir naik dalam dunia islam dan tun mahathir sendiri telah memberi jaminan oleh kerajaan tetapi muncul wira DAP dari penang menunjukkan seolah beliau adalah pejuang dari india datang cuba menangkap dr zakir naik. Apakah mereka fikirkan tindakan tersebut mampu menjulang kerajaan PH dengan lebih meyakinkan dimana islam akan dipelihara sebagaimana perlembagaan termaktub.

Rakyat mahu melihat perubahan menyatukan, bukannya perubahan yang hanya menggadai segalanya demi memuaskan hati sebelah pihak.