Dr Maszlee Guna Tektik BN Elak Jawab Soalan ?

Malaysiakini

Kalau dulu rakyat akan kutuk kawkaw bila menteri cuba alih jawapan daripada menjawab dan akhirnya diam bersahaja. Kerana itulah rakyat bangkit ubah kerajaan.

Bila kerajaan baru ambil alih, ramai jangkakan perubahan ketara dalam pentadbiran kerajaan dan tiada lagi jawapan cuba lari daripada menteri. Kenyataan flipflop seolah keputusan yang dibuat tidak mengikut perkara yang betul ataupun ada perkara terselindung.

Apa yang rakyat mahu tahu kenapa program mybrain dihentikan buat sementara. Samada ia akan dikaji perlaksanaan, akan dikaji cara pemilihan, akan dikaji cara pembahagian atau sememangnya ia tidak relevan dan sebab apa. Itu saja.

Yang kedua apabila bersangkut soal peruntukan kepada sekolah persendirian cina. Rakyat mengharapkan kerajaan baru mencari titik menyatukan bangsa dengan menghapuskan sekolah jenis kebangsaan, tetapi ia tidak berlaku malahan uec cuba ditawarkan manakala peruntukan kepada sekolag persendirian kerajaan akan disalurkan. Bagaimana pula dengan bangsa minority lain. Adakah ia adil.

Rakyat hanya melihat dan menunggu percaturan seterusnya samada ia akan menguntungkan ataupun memecahkan perpaduan. Semasa dalam pembangkang mereka boleh menoreh segala isu asalkan mendapat kredit rakyat, tetapi ia tidak semudah yang dikatakan untuk melaksanakan sesuatu perkara.

Simple words, Salah kerajaan terdahulu

Post a Comment

0 Comments