Sindiran Pedas DrMaza Kepada Menteri Kerajaan MalaysiaBaru

Twitter DrMAZA

Tidak dinafikan untuk membetulkan keburukan, kekusutan, kekacauan dan pelbagai lagi ketidakadilan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu bukan sesuatu yang mudah. Rakyat memahami. Tetapi jika kehadiran dalam dewan rakyat dan masuk lambat adalah sesuatu yang tidak boleh difahami dan diterima rakyat.

Rakyat mahukan perubahan yang menyatukan semangat malaysia, tetapi rakyat dihidangkan dengan UEC, persoalan kenapa peruntukan kepada sekolah cina persendirian tidak disalurkan dan sekolah tahfiz diperkotak katik oleh semua politician untuk cuba dapatkan saham seolah merekalah pembela agama.

Isu zakir naik, semua menteri sedia maklum pengaruh dr zakir naik dalam dunia islam dan tun mahathir sendiri telah memberi jaminan oleh kerajaan tetapi muncul wira DAP dari penang menunjukkan seolah beliau adalah pejuang dari india datang cuba menangkap dr zakir naik. Apakah mereka fikirkan tindakan tersebut mampu menjulang kerajaan PH dengan lebih meyakinkan dimana islam akan dipelihara sebagaimana perlembagaan termaktub.

Rakyat mahu melihat perubahan menyatukan, bukannya perubahan yang hanya menggadai segalanya demi memuaskan hati sebelah pihak.


Post a Comment

2 Comments

  1. Syabas, Dr. Maza. Walaupun saya penyokong PH, saya menghargai teguran tuan yang sebahagian besarnya ditujukan kepada ahli politik PH. Saya harap semua ahli parlimen (kerajaan dan pembangkang) mengambil perhatoian akan teguran ini.

    ReplyDelete
  2. nak wat camana, ramai yang menyokong. Sokong atas dasar apa? sebatas makan minum, pakaian, rumah, gajet, leisure & segala nafsu nafsi. Nah, itulah yang kalian dapat walaupun bukan semua terlaksana. Tiba2, hal yang tak ditulis pula dilakukan. haha.
    Dialog saya & teman...
    saya mau perubahan tetapi tiada sebut pasal agama dalam agenda mereka. jadi, saya agak ragu2 la - kata saya pada seorang teman.
    Ko kata nak perubahan tapi takut untuk berubah - balas teman.
    Nak berubah kena ada ilmu, kena ada fikiran yang bernas, read between lines pd agenda. Dulu masa polemik nama Allah pun kalian ramai yang tak tahu alasan apakah untuk tak membenarkan agama lain utk menggunapakai nama Allah. Sikit2 hal aqidah pada generasi muda akan terpesong. kalau benar hal aqidah, terapkanlah ilmu seampuh2nya tetapi tidak. Kalian lebih terapkan hal dunia. Sebenar2nya, mereka tiada hak langsung. mereka bukan agama samawi, bukan ahli kitab, (ustaz2 kena hati2 dalam beritahu perkara ini, perbezaan Nasrani & kristian). Indonesia lebih pandai menggunakan umat nasrani kristen. Agenda mereka berjaya. Yahudi yang berhak guna pun tak mahu pakai. Fikirkanlah. Ni contoh sajaaa - balas saya.
    Ye laahhh, apa agenda pembangunan agama mereka ye? - ujar teman.
    Dialog ini berlaku 3-4 sudah. Bukan saya ujub pada diri sendiri tetapi memang agenda tu sangat2 straightforward. Sepatutnya, semua wajib faham. Apakah kalian tidak memerhatikan? (jgn salah tafsir, ayatnya berbunyi seperti Ayat Suci tetapi tiada niat untuk menjual dengan harga murah).
    Fikirkanlah...nak salahkan siapa? salahkan perut yang sentiasa nak kenyang, nafsu yg sentiasa mencari mewah, sikap yang suka mementing diri, berlumba2 mengejar yang fana dll.
    Inilah dia perkara yg Rasul takut menimpa umatnya...penyakit cinta dunia.
    Akhirnyaaa...jadilah buih2 yang banyak.

    ReplyDelete