Veteran DAP Tempelek Liew Chin Tong Terima Lantikan Senator


Timbalan menteri pertahanan yang baru dilantik, Liew Chin Tong, tidak sepatutnya menerima jawatan Kabinet melalui pelantikan senator, kata seorang veteran DAP.

Dr Boo Cheng Hau berkata pada dasarnya, semua ahli DAP harus menunggu pemilihan Dewan Negara diadakan.

Seperti yang Lim Kit Siang selalu katakan, Dewan Negara menjadi tunggul atau pak turut semasa BN berkuasa.
Chin Tong juga pernah sindir seorang ahli Kabinet MCA yang dilantik melalui pelantikan senator sebagai ‘menteri pintu belakang’, jadi dia perlu berpegang pada kata-kata sendiri dan prinsip parti.

Bekas ketua DAP Johor itu berpesan jangan bertolak ansur dalam soal pendirian parti dan DAP mesti terus berjuang untuk mengecilkan saiz Dewan Negara dan mengadakan pemilihan untuk memilih ahli-ahli dewan itu.

Kita mestilah tunggu pemilihan Dewan Negara dan menempa reformasi tulen seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang secara terbuka menolak pelantikan seperti itu.
Liew harus belajar daripada Anwar dan Lim, katanya, dan mengingatkan tokoh DAP itu pernah mendesak pemilihan ahli Dewan Negara.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Off juga mengkritik pelantikan pakar strategi DAP itu.

Sekarang, kita perlu mohon maaf pada Tan Sri Koh Tsu Kooon kerana beramai-ramai panggil dia ‘menteri pintu belakang’ pasca PRU-12. Sekarang, calon-calon PH yang tewas pula dijadikan timbalan menteri pasca PRU-14, kata Ooi.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu dilantik senator dan menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas isu perpaduan dan pengurusan prestasi.

Terdahulu, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong menyindir Liew atas pelantikannya, menyifatkan perkembangan itu sebagai “karma”.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu merujuk kepada catatan Facebook bertarikh 6 April apabila Liew mengkritik Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon, bekas timbalan menteri pendidikan II dalam pentadbiran lepas.

Tiga bulan lepas, Liew secara menyindir meminta para pengikut di satu laman sosial memberitahunya kerusi manakah yang ditandingi dan dimenangi Chong pada pilihan raya umum ke-13, adakah terdapat kerusi bernama “pintu belakang”.

Selain Liew, turut dilantik selepas dijadikan senator ialah:

  • Ketua PPBM Ketereh, Senator Mohd Radzi Md Jidin (timbalan menteri hal ehwal ekonomi)
  • Ketua PPBM Pulau Pinang, Senator Marzuki Yahya (timbalan menteri luar negeri)
  • Pengerusi Amanah Terengganu, Senator Raja Kamarul Bahrin Shah (timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan)
  • Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), Senator P Waythamoorthy (menteri perpaduan negara dan kesejahteraan sosial di Jabatan Perdana Menteri).


Sumber : FMT

Post a Comment

0 Comments