Adakah Ini Bermaksud PAS Iktiraf LGBT ?


Bila keluar kenyataan daripada mulut pemimpin pas. Pastikan cybertrooper PAS akan diam membisu dan akan memesongkang menunjukkan itulah petunjuk islam sebenar. Padahal perkara yang sama diaturkan oleh Dr Mujahit.

Isu menjadi hangat apabila soalan daripada press berkaitan penggunaan tandas. Mujahit hanya menjawab golongan transgender juga menghadapi masalah jika menggunakan tandas lelaki dan sekiranya mereka menggunakan tandas wanita ia tidak berlaku confuse kerana mereka berperwatakan seperti wanita. Apa yang silap adalah ia tidak menyatakan fitrah manusia sebenar dan cuba menyedarkan mereka perihal kejadian manusia dan meminta golongan transgender terutama yang berugama islam kembali kepada fitrah manusia. Malah mujahit membiarkan aktivis nisha menjawab soalan press, menunjukkan beliau belum kaji sedalam mungkin berkaitan isu sebenar LGBT.

Daripada isu tersebut maka tersebar meluas hentam mujahit yang dikatakan menyokong LGBT. Hakikatnya Jakim cuba untuk mengadakan pertemuan supaya dapat membantu golongan LGBT kembali kepada fitrah manusia.

Mungkin dengan kenyataan daripada pemimpin pas sendiri, mampu menyedarkan semua cybertrooper BN dan PAS yang menghentam LGBT. Adalah lebih baik turut serta membantu mereka kembali kepada fitrah manusia. Bersyukurlah kita tidak diuji tuhan menjadi salah satu daripada golongan LGBT.


Post a Comment

0 Comments