ADAM50 Masih Diteruskan. Ini Cara Daftar ADAM 50


Walaupun kerajaan sudah bertukar, kami mendapat makluman program adam 50 untuk bayi baru dilahirkan masih diteruskan. Anda bolehlah mendaftar sekiranya bayi lahir dalam tempoh masa yang dinyatakan.

Khas untuk baby yang lahir tahun 2018 sehingga 2022. Ambiklah peluang ni. Daftar bawa salinan sijil lahir baby sahaja.

Automatik baby dapat RM 200 dalam ASNB. Cukup umur 18 boleh bawa keluar. 🦋

CARA UNTUK BUKA AKAUN ADAM50

1. Pegi mana-mana cawangan ASB, lagi baik pergi pejabat ASB terus.

2. Bawa salinan sijil lahir baby dan mykid baby (untuk scan), ic ibu jika nak guna nama ibu, ic ayah jika nak guna nama ayah. BABY tak perlu bawa.

3. Untuk buka akaun tersebut, baby tak perlu masukkan duit langsung. Jika kita nak masukkan duit, lagi bagus.

4. Macam Mana Nak Semak Duit RM 200 Masuk atau tidak?


  • Kita semua BOLEH semak duit RM 200 tu. 
  • Jika akaun baby dibuka atas nama ibu. Ibu wajib ada akaun ASB, jadi ibu boleh daftar ASB online. 
  • IBU boleh buka ASB online, dalam tu ada maklumat pasal akaun ASB baby dan duit RM 200.


Kemudian jika ada duit raya baby, boleh ja masukkan ke dalam akaun tu. Duit tu akan membiak mengikut dividen yang diterima dan jumlah yang dimasukkan.

Bila baby dah 18 tahun, berapa dah duit baby. Nak sambung belajar masuk IPTA, senang! Parents tak sakit kepala, sebab duit dah ada.

Post a Comment

0 Comments